Tuesday, March 31, 2009

Sahabat dan sahabat

Kenapa aku perlu tersepit dalam cerita yang tidak berkesudahan ini?
Aku tak paham. Aku tak tahu. Aku tak dapat nak berfikir.
Niat aku memang baik. Ingin membantu. Ingin menjadi pendengar yang baik. Tapi, sekarang ni it turns out to be satu perkara yang aku tak ingin berlaku. Aku tak mahu jadi macam ni.



Antara sahabat dan sahabat.. yang mana satu korang pilih?











Aku pilih dua-dua.

Vampire menghantuiku

Malam tadi aku mimpi dikejar vampire. Ramai pulak tuh yang kejar aku. Aku pun tak pasti kenapa vampire tu tak puas hati dengan aku. Aku bukan Bella pun. Kalau la vampire-vampire tu nak balas dendam kepada Edward Cullen sekali pun, jangan la carik aku. Sekali lagi, aku bukan Bella. But, i wish i am. Hikhik.

Grrr.. Memang mengerikan betul. Aku berlari dengan pantas sekali tetapi tidaklah sepantas Edward berlari. Penat tau. Aku berlari dan berlari kemudian aku terlanggar something..

Aku terjatuh. Ugh. Time-time genting ni la aku nak terjatuh, boleh tak terjatuh lain masa dan lain tempat? Aku marah dengan diri sendiri.

Kemudian..




Eh, mana pergi vampire tadi?? Bukan ramai ke yang tengah kejar aku?

Oh..aku dah terjaga rupanya. Fuhh.. dalam hati terasa lega. Nasib baik mimpi jeh, bukan betul-betul. Ish. Dugaan betul.

Padan muka diri sendiri. Itu la, setiap malam sebelum tidur mesti aku layan buku vampire tuh. Kan dah sampai termimpi-mimpi. Kekeke.

Kalau betullah mimpi tadi bukan hanya mimpi..

Dan vampire tu sempat gigit aku.

Agak-agak sekarang ni aku dah jadik vampire tak?

Ish.



Agak-agak macam ni kot rupa aku kalau aku vampire. Cantik bukan?

Hikhik.





Friday, March 27, 2009

;)

Sekadar gambar hiasan.
gambar di ambil disini


Life is short

Break the rules

forgive quickly

love truly

laugh constantly

And never stop smiling
no matter how strange life is

Life is not always the party we expected to be

but as long as we are here, we should smile and be grateful









noona love you mason!! 사랑합니다 !!
He's so adorable.
wink.wink.

sekadar gambar hiasan 1

sekadar gambar hiasan 2

Hujan.

Hari jumaat mesti hujan. Eh, bukan mesti.Kadang-kadang.
Hujan rahmat kot.Hum.
Jalan jam.
Perjalanan pergi kerja selalunya ambil masa 25min.
Tapi, hari ini sampai 45min.
Pernah satu kali tu sampai 1 jam.
Tak ada accident pun.
Tapi, still jam.
Mungkin semua orang bawa kereta kot?

Hm..

Bukan nak salahkan hujan.
Tak baik salahkan hujan.
Hujan kan rahmat.



Monday, March 23, 2009

Sedar diri..

Entri ini khas utk yg memakai kereta dan membawa kereta sahaja. Bukan kereta lembu atau kereta sorong ok.

Kat jalan raya..

Ada satu kereta..ok tipu, kat jalan raya ada banyak kereta.

Ade kereta besar, kereta kecil, kereta panjang dan lebar, kereta tinggi (ada ke kereta tinggi? lori la tuh), kereta bermacam-macam warna, pelbagai bentuk dan bunyi dan jenis dan segala macam criteria lagi la..

Tp yg aku nak cerita di sini cuma mengenai kereta yg agak tak sedar diri ketika di jalan raya. Aku rasa mesti ramai orang penah mengalami seperti apa yang telah aku alami. Almost every morning, time tengah drive nak pegi kerja.

Fuhh..mantapnya kereta ni..berjenama mahal (macam kasut, baju, handbag pula), harga kereta pon mesti mahal, macam ada turbo (eh, aku tipu la, tak ada la sampai turbo.kekeke), warna kereta masih kilat, malah memancar-mancar terkena sinaran matahari pagi..

Tapi..

70 km/j???

Lane kanan ok?

Bukan kalau lane kanan kita kene drive at least 80km/j ke? Maksud aku, kalau time tu tengah-tengah malam, or pagi-pagi buta yang semua orang tengah tido nyenyak mimpi guling-guling atas padang macam cerita Hindustan tu, tapi dia seorang jeh yang tengah drive kat jalan raya, boleh la nak berada di lane kanan selama mana pun. Yeh, selama mana!! Buat la jalan tu seperti jalan kau!

Tapi, hello!!

Semua orang tengah berkejar-kejar nak pegi kerja neh. Nak punch card sebelum pukul 8. Kalau tak, merah lah jawabnya. Maybe dia bos kot, tak payah susah-susah nak punch card..Tapi still, please be considerate to others yang memang tengah berusaha untuk menjadi seorang pekerja yang rajiin dan berdisiplin dan tidak pernah mempunyai kesalahan rekod tatatertib dan sebagainya.

Please.please.please.

Kereta da la berjujut-jujut kat belakang neh (kalau tak paham ape maksud, sila rujuk kamus dewan bahasa latest edition). Kat lane kiri ada lori. Tak boleh pulak nak take over dari lane kiri. Ugh. Memang la tak sedar diri. At last, nasib baik dapat juga men-take over kereta tadi dari lane kiri.Ugh.

Please, I beg you..Tolong sedar diri lain kali.



Kek sedap lagi..

Ingat lagi tak pasal kek coklat aku tuh? Semalam, demi kawan-kawan yang datang ke Kuantan ni aku pon buat sebijik kek untuk deorg..Buat sebiji kek tapi bagi kepada mereka cuma satu bekas kecil jeh..Haha. Seorang senior tu sibuk betul suruh aku buat kek coklat untuk dia. Hari-hari pesan kat aku supaya jangan lupa buat kek untuk dia.Konon nak merasa sendiri la kek buatan aku. Sebenarnya dia tak puas hati dan tak percaya yang aku buat kek sedap. Kekeke. Oh, sila maafkan aku sebab dah banyak sangat rasanya aku memuji diri sendiri. Siapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri? Haha.

Fatah cakap ‘Selama fatah hidup ni, kek paling sedap sekali fatah makan no satu: kek resipi rahsia (SR), kedua: kek kakak buat’ Aku dah kembang gila dah time neh. Hikhik.

Tapi kan, kalau la fatah rasa kek coklat yang mama hanis zalikha buat, sah-sah aku dah jatuh tangga ke-3. Teringin sangat nak rasa kek mama hanis zalikha yang dikatakan sedap tu..

To mama hanis zalikha: Auntie, if saya nak order choc cake auntie yang sedap lagi moist tu agak-agak boleh di post lajukan sampai ke Kuantan tak? Hehe. Jauh la kalau nak pegi amek kek tu kat Lagenda. Tsk.

Ok, sambung balik. Setelah memberi kek tu kepada kawan-kawan tadi.

Aku pon balik ke rumah.
Mereka pula nak berangkat balik ke KL.
Sampai kat rumah, aku dapat satu text message dr b**** : fuh..mantapnya!!best2..tq tau!
Haa..baru tau kan. Hikhik.

OK ade lagi neh.. : Ha3. K**** makan kek tu smpi dia ckp dia nk soh kmu jadi bini dia.ha3.

Yxhjabdjsbkjasnlasx!!! Ada ke sampai macam tu sekali. Ok k****: aku taknak jadi bini ko, tp kalau ko nak suruh aku ajar bakal bini ko tu buat kek sedap, boleh! Free of charge. Hehe.

Hum.yup. Aku tengah addicted nak buat kek neh. Suka buat dan suka makan. Sebab ni (suka makan kek) ke aku telah jadik semakin tembam? Haish. Tapi, aku teringin nak rasa kek buatan orang lain pula, selain kek mama. Siapa yang rajin nak buat kek dan kasik aku makan, aku dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih sangat. Wink2.



Tuesday, March 17, 2009

Apa yang perlu dibeli neh?

‘masmOn, sy nk survinir grand-grand!’ fairuz

‘masmOn, sy TAK NAK keychain!’ fairuz

‘masmOn, kalo awk bg jugak keychain, sy akan buang dlm longkang depan-depan mata awk!’ sayda

Ugh. Korang penah x mengalami perkara camni? Pegi melancong then dikirim macam-macam oleh saudara mara, kawan, adik-beradik, jiran depan rumah, etc. Mmg penin nk pk ape yg nk di beli kan? Nak-nak kalo dpt kawan-kawan seperti di atas.hehe.

Contoh time aku pegi India dlu, aku penin betol nk beli hape. Takkan sumenye aku nk beli sari. Satu sari da la harga berpuluh-puluh (kalo convert), kalo kawan memesan/mengorder tu 10 org.hah.kire la sndri. Tu kalau 10 org..kalo 20, 30..

Ugh.aku kene carik inisiatif neh.kat sane ade la survinir kayu yg diukir bentuk gajah. Tp gajah??xnsjsdahjfd. x de mende lain ke?hehe. Seb baik tetibe aku terjumpe pen bling-bling. Siyes, aku x penah jumpe lagi pen camtu kat Malaysia. Hah, aku pon ape lagi, mengrab teros pen-pen tuh. Ade macam-macam kaler..purple, hijau, oren, pink, silver. Senang dak-dak neh nk pilih ikot warna kesukaan (^_^,).

Mcm baru-baru ni aku pegi Penang, ramai pulak yg pesan jeruk buah pala. Nasib baik deorg pesan jeruk-jeruk jeh. N lagi best, time tu aku kat kuantan..kalo aku berada di kalangan kawan-kawan seperti yg disebutkan td..ape la yg deorg pesan agaknye. Kekeke.

Tp, kalo sape-sape yg melancong tu rase cam beli survinir utk aku..Aku x kesah ape-ape pon. Aku x demand. Kaychain pon bole jugak.Wink.Wink.

Kepada fairuz dan sayda, bile korang nk pegi melancong? Sy nk pesan macam-macam neh…Hikhik

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails