Monday, June 29, 2009

Kirana menang. Yay!

Semalam ialah malam penutup Festival Teater Malaysia peringkat Negeri Pahang. Setelah seminggu Festival tersebut berlangsung di Taman Budaya Pahang, akhirnya tibalah malam kemuncaknya. Ewah..

Semalam sangat best! Persembahan sketsa teater best. Sketsa kanak-kanak pun best!


Tapi…


Yang paling best dan menggembirakan ialah Kirana Teater Production menang!! Yay!! Yang lebih tepat, sepatutnya aku kena cakap Detik yang menang *baru spesifik kan huhu* Gembira gila aku malam tadi. Tak terkata lah. Sangat tak sangka. Tapi, syukur sebab apa yang kitorang usahakan selama ini berbaloi sangat. Tak sia-sia aku menghabiskan duit dan masa aku untuk Kirana. Go Kirana Go!


Berikut ialah apa yang kitorang menang:


  1. Johan teater dimenangi oleh Detik
  2. Pengarah terbaik dimenangi oleh Said Saiful Fazli iaitu Pengarah Detik
  3. Pelakon lelaki terbaik dimenangi oleh Pae yang memegang watak Petanda dalam Detik
  4. Pelakon pembantu wanita terbaik dimenangi oleh Siti Nurlida yang memegang watak Diri Dian dalam Detik
  5. Rekabentuk produksi terbaik juga dimenangi oleh Detik


Yuhuu!! Suka suka :)


Epul aka Kurnia aka Pengarah Detik


Siti Nurlida aka Diri Dian


Pae aka Petanda


Tahniah kepada semua ahli produksi kerana berjaya memenagi anugerah ini. Terima kasih juga di atas segala usaha penat lelah jerih perih dalam usaha menjayakan Detik. Thank you. Sayang kamu semua :)


Malam tadi tido selama 1 jam setengah sahaja. Ugh. Tapi kenapa aku still rasa bersemangat neh? Ahaks :)



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails