Tuesday, December 29, 2009

Kawen tu best ke ek?

Ada banyak sangat perkara yang I nak cerita. Banyak dan banyak. Tapi selalu je takde masa untuk update blog I ni. I busy lah (alasan).

I hepi tengok orang lain especially my best friend menamatkan zaman bujang mereka. Lagi-lagi lah bila I tengok kawan I sorang ni makin berseri-seri wajah dia semenjak dia kawen . ‘Betty aku hepi gila tengok ko camtu’. Nak kawen. Nak kawen. Heheh. Gatei. Even though before dia kawen dulu banyak gila dugaan dia, yes I know cause I dikira orang paling rapat time tuh (and sekarang pun selepas husband dia), selalu jeh dengar problem dia, Nazirul Mubin tetibe pulak bertukar jadi Dr Love, bagi nasihat semua. Tup tup, after kawen everything went well, segala permasalahan tu lenyap. Ye lah, dia laki bini je lah yang tahu je pasni ehe. Wajah berseri-seri, memang lainlah orang yang baru kawen ni senang cite. Part yang paling best, jam 6.00 pagi tadi I dapat msg from her saying that SHE’S PREGNANT!! Alhamdulillah.. I pulak yang hepi gila. Yuhuu. Dia tak berapa nk pasti at first ngn keputusan ujian tu act. Once I see MMS from her, I dah tahu memang clear cut POSITIVE. Hepi lagi :)

Lepas sorang-sorang kawan I dah kawen. My best friend lah especially. Mula-mula dengan kak long aka Betty, then Fizah cyg lak di Melaka. Oh, hepi betul i. I pun nk kawen gak lah gini. Wink wink.

Disekitar kenduri kawen Betty:



Disekitar kenduri kawen Fizah:



Tak kurang juga dengan kawan-kawan yang sudah atau baru atau akan melangsungkan pertunangan mereka. Terbaru, Emi Rahayu baru jeh bertunang last wik. Lagi terbaru, Zaireen (dulu kat asrama I panggil dia Zaizai hiks) akan bertunang. Esok yeh. First time act I dengar orang buat majlis tunang hari Rabu (hari bekerja), mungkin dia ada sebab-sebab yang x dapat di elakkan. I feel sorry to her cos tak dapat nk datang. I bekerja. Semoga semua akan berjalan dengan lancar yang!

Seronok tak rasanya kawen? Or at least bertunang? I nak kawen jugaklah gini. Macam best jeh tengok deorg. Hepi jeh. Huhu. Gatei. Bila orang yang rapat-rapat ngan kita bahagia, kita pun mesti nak jugak rasa bahagia. Bukanlah I maksudkan yang I tak bahagia now, I paling bahagia :) huhu. I nk lagi bahagia. Macam mana rasanya ek?

Quote berkaitan kawen yang I paling suka ialah

“Perkahwinan ialah sebuah perjalanan, dan bukan sebuah destinasi”

Kata-kata tu tersirat amat. Macam-macam maksud yang diberi.

Bila I cakap I nak kawen I nak kawen I nak kawen, bukanlah apa yang I inginkan adalah perkahwinan semata-mata, tetapi I ingin menjalani kehidupan bersama-sama dengan suami I (sepatutnya bakal suami). I nak hidup bersama-sama dengan dia. Bukan ke lebih bahagia gitu? Hiks.

Bila cakap pasal kawen-kawen ni mesti terasa diawang-awangan. Dari kecik lagi lagi dah dok berangan-angan nak kawen bila besar nanti kan. “Bila besar nanti Atiqah nak kawen ngan raja” “Oh, Aten tanak kawen ngan raja, Aten nak kawen ngan anak raja, raja tua dah”

Macam-macam kan. Tapi bila pikir proses perancangan nak kawen tuh, haih banyak mende gila nak kena pikir dan rancang betul-betul. Pasal perancangan perkahwinan tu nanti I cerita kat entry lain lah.



Hohoho: Now I dah beli sikit-sikit barang untuk pertunangan i. Bila? Coming soon… :)


:)


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails