Monday, March 22, 2010

Sushi King

Semenjak dah ada blog baru ni i dah agak mengabaikan blog i yang satu ni. Sian blog i yang ni. Tak berupdate pun. Tsk tsk. Okeh sekarang i akan update. Yee...mari update!!

Hari ni i teringat kat Sushi King. Eh bukan hari ni jeh tapi dari hari tu dah actually. Tak tahu nape. Rase rindu nak memakan Sushi King bersama si kekasih hati. Huu.. Oh i perlu bersabar. Kerana hanya lagi 2 hari gaji bagi semua penjawat-penjawat awam ni akan masuk.Yehuu. Maka selepas mendapat gaji tersebut i mempunyai niat untuk membelanja si kekasih hati makan sushi (oh sepatutnya i kena gelarkan beliau encik risik eh tapi takpe lah). Tak sabar pulak rasanya nak pegi makan sushi macam mengidam jeh i neh. Haha.

Dulu we used to makan sushi together almost every month (ceit tipu jeh sebab seingat i baru beberapa kali jeh kami memakan Sushi bersama) Tapi terasa macam every month perkara wajib ialah pergi makan Sushi King sehinggalah kami berdua berikrar bahawa dalam satu bulan HANYA SATU KALI sahaja dibenarkan memakan fast food. Adakah sushi di kira fast food juga? Heheh. Kalau bukan maka setiap bulan boleh lah pergi makan Sushi yeh? Taknak lah nanti busan lak dok ngadap sushi jeh.

Mane lah sushi tak sampai-sampai lagi neh. Haih. *muka busan* Heh.

Yehuu!! Hidangan sudah sampai. Mari makan.

Kenyang kenyang :D

Japanese tea adalah wajib :)

Rindu rindu T_T


Friday, March 19, 2010

Tomyam

Dah dekat seminggu i ngidam nak makan meehun tomyam kat New Horizon tuh. Encik kekasih tak bawak i pegi makan pun tsk tsk T_T Setiap hari bangun pagi i dok teringat-ingat kat tomyam merah restoren tuh. Wuwu. Sedapnye..Dengan masamnye, rasa pedas-pedas, ada ayam udang sotong cendawan segala macam mende lah ada kat dalam tomyam tuh. Huu my feveret!
Dengan tidak tertahan lagi, i pun pegi jugak ke New Horizon time rehat tengahari arituh. Tak kire. Pegi dengan ofismate. Akhirnya hajat i pun tercapai. Aminnnn..

Sedap woo..Semua patut cuba neh. Cuma 6 hingget jeh semangkuk yang besar neh. Walaweh! Syok betul.

Sebelum makan wajib amek gambar food dulu huhu :) See? Kan i dah bilang..memang meletop habis lah. Wuuu..Drooling i tengok gambar neh. Rasa nak pegi makan lagik. Yum yum.

Gendang gendut tali kecapi,
Kenyang perut suka hati.

Hahahaha :D :D :D

Thursday, March 18, 2010

Debaran hari esok

Mak aih..tajuk entry. Macam Debaran Sehati Berdansa pulak. hehe. I would say hari ni hari yang baik juge lah. Walupun agak busy dengan tugas seharian tapi still boleh bertenang. And most of the work dapat disiapkan. Alhamdulillah.

Ade lagi perkara baik yang mana my deng akan dapat apa yang ditunggu-tunggu. Surprise! Seronok betul deng i hiks. I pun sama-sama tak sabar jugak neh. Eh melalut-lalut kejap. Berbalik kepada tajuk. Esok adalah hari yang bermakna bagi i. Dan esok adalah hari yang mana perhubungan i dengan encik kekasih hati akan melangkah ke satu lagi tahap kecekapan (macam PTK penilaian tahap kecekapan tu aha) Ok ini bukan main-main, tapi benar-benar akan menjadi kenyataan. Dah 7 bulan 2 minggu dan 4 hari bersama kan u? Kadang-kadang i rasa sekejap jeh, kadang-kadang i rasa lama lah pulak (ni sebab asyik fikir lambat lagi nak kawen hah! gatey ;P)

Apa yang pasti, i tertunggu-tunggu jugak hari esok ;) Senang cite, esok malam i akan selamat digelar 'risik' kepada encik kekasih :) InsyaAllah. I harap semuanya akan berjalan dengan lancar amat! Doakan kami yeh. Amin.

Tuesday, March 9, 2010

Kurus

Sekarang ni memang macam kene gigih lah untuk berjogging. Kuatkan semangat. Yah yah! Untuk sihat disamping mengurangkan segala lemak-lemak yang mengcontribute kepada berat badan i neh. Cubaan berdiet macam susah gila nak jadi. Sebab nafsu makan memang lah menguasai segalanya. Haih. Tapi sekarang mencuba untuk kurangkan makan nasik pulak. Walaupun macam impossible sebab my family memanglah mengajar untuk makan nasik sejak dari baby lagi. Dah macam mana? Tapi i'll try lah. Kene gigih betul kali ni.

Tapi, macam mana kalau hangat-hangat bunga tahi ayam? Macam mana nak merealisasikan segala impian i mahu kurus? Macam mana? Macam mana? Hmm..Kene ambik banyak tips dari abg bazli neh. Gila bapak kurus gila dia sekarang. Eh cop, takde lah sampai bapak kurus gila, tapi at least macam almost nak mencapai berat badan ideal jeh? Ye dok? Wuu...jeles!

Sila gigih tekun sabar istikhamah mas! Anda pasti berjaya. InsyaAllah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails