Monday, July 27, 2009

3 hari..

… tak jumpa beliau. Rindu. Rindu. Rindu. *bila aku dah siap tulis word tu sebanyak 3 kali, maksudnya aku betul betul rindu* wuwu~


So, today (Sunday, 260709) akhirnya kami bertemu..ececeh..:) ngedate la senang cite. Kami pergi ke Pekan Bandar di raja Pahang. Almost 10 years kot tak pegi sana. Last aku pergi waktu aku form 1, jalan-jalan ngan family melawat Muzium Sultan Abu Bakar. Masih ada lagi jet dengan helicopter kat halaman luar muzium tu, tapi macam dah berkarat-karat sebab dah lama sangat plus selalu kena jemur hujan panas semua. Kesian jet dan heli tuh. Wuwu.


Kat Pekan ada Royal International Go-kart Competition (betul ke neh? suka-suki aku jeh bagi nama hehe). Best. Best. Gila laju pemandu pemandu go-kart tu bawak. Thrill. Siap accident depan mata. Terkejut gak. Pemandu tu (sangat amat muda lagi budak jeh) siap patah jari tak silap aku. Kesian. Nasib baik go-kart tu tak terbalik dan tergolek-golek ke arah kitorang. Selamat.



Perjalanan pulang, mengambil jalan yang agak jauh, lalu tepi-tepi kampung. Tenang dan damai. Tapi ada banyak periuk api *time ni I lampi gila haha* :P Menyusuri pantai selepas itu. Tenang dan damai lagi. Siap hirup udara dalam kereta. Padahal udara air-cond jeh sebab tak bukak tingkap pun time tuh. Kunun-kunun hirup udara segar tepi pantai? Haha. Silly me :)


Singgah makan kat Mok Na sebab aku dah lapar time tuh. Perut bunyi bunyi. Sangat ramai pelanggan time tuh. Tak ada meja dah untuk duduk. Luckily ada makcik ajak kitorang duduk sekali. Beliau dan kawan beliau dua orang jeh. Kami pun duduk di situ. Boleh pulak siap berborak berkenalan dengan makcik tu. Sangat baik dan cool lah makcik tuh huhu :) Siap belanja kitorang lagi. Dapat makan free. Thank you makcik Hasnah dan makcik Zamiah. Makcik Hasnah siap mintak alamat rumah nanti boleh bagi kad kahwin jemput kitorang pegi kenduri kahwin anak dia. Wink wink ;)


Petang tu coffee street. Nak jumpa Zaireen. Beliau baru jeh pulang ke Malaysia dari Bangor (sebutannya adalah seperti beng-ger). Berborak macam-macam cerita. Contohnya pasal slugs di Bangor? Winter vomiting bug? Dan sebagainya.


Hoh. Begitulah perjalanan kisah hidup aku pada hari Sunday (seperti hari Sunday yang indah sha)


Penat sikit tapi gembira.


Wink wink


;)


2 comments:

hazwan said...

mas..bg no. phone ko..hahahahahah..

masmOna said...

hai mk7..
siapakah anda?hoho
x boleh nk bukak profile pun

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails