Tuesday, September 1, 2009

Right person but not at the right time

Dialah yang paling kena dengan jiwa. Dialah yang dapat beri apa yang kita nak dan perlu. Oh, sungguh indah ciptaan Tuhan. Hoh. Tapi, time tu jugak lah dia da jadi laki orang lah, tak pun bf/gf orang lah, tak pun tunang orang. Yang lagi best, time tu jugak lah kita pun dah bertunang, berbf/gf sebagai.

Kalaulah perkara macam ni terjadi pada siapa-siapa lah kan, macam mana nak buat?

..........................

Kat sini aku akan bagi beberapa tips yang boleh dilakukan bagi sesiapa yang mengalami dilema seperti ini.

1. Jadi manusia paling keji di dunia. Berusaha sehabis mungkin untuk dapatkan orang tuh. bagi yang masih single, senang cerita anda akan dilabel sebagai peragut perampas penculik ataupun racun serangga perosak hubungan orang. Manakala, bagi yang sudah tidak single, anda bolehlah tinggalkan kekasih anda selepas berjaya mendapatkan orang tu. Ok, cara ni macam kurang sesuai kan. Tak baik tau buat macam tuh. Huhu.

2. Bertindak normal dan neutral jeh. Kalau orang tu macam bagi respons positif pun, anda buat bodo jeh. Neutral. Kunun-kunun takde apa-apa perasaan. Anggap orang tu macam tunggul kayu pun ok? hihi. Tapi, untuk berjaya dalam tips kedua ni, anda perlu mempunyai kriteria seperti pelakon handalan dan terkenal tanahair. Boleh juga mencuba nasib dalam Anak Wayang. Kalau dah berjaya dalam Anak Wayang tuh,haaa memang kompem boleh pakai tips kedua ni. Wink wink :)

3. Jadilah manusia paling baik di dunia. Kuatkan semangat, tetapkan hati dan pendirian bahawa kita tak bleh jadik racun serangga perosak hubungan orang. Tak baik. Buang perasaan suka/crush tu jauh-jauh takpun buang dalam-dalam ke Jurang Mindanao pun ok? Tapi ni memang perlukan keazaman yang amat tinggi lah! Kalau la orang tu satu ofis ke kan, apa lagi cepat-cepat lah mintak berhenti kerja tak pun tukar department? (yang ni pun susah jugak, sekarang ni pun gila susah nak dapat kerja kan?). Kalau orang tu satu tempat belajar, universiti or kolej ke, pergi apply tukar fakulti/bidang kat pentadbiran. Lagi best, benti je belajar terus? (ok, ni sangat mustahil!) Hihi.

..................................

Kita semua dikurniakan akal fikiran, boleh berfikir dan seharusnya akal fikiran yang dianugerahkan oleh Tuhan tu digunakan dengan sebaik mungkin. Walaupun kadang-kadang perasaan akan mengatasi akal fikiran, tetapi why not mencuba kan?
Tepuk dada, tanya iman.

2 comments:

riaizzatirazali said...

erm, bila kt cuba utk mendapatkan seseorang yg bukan yg telah diqada&qadarkan utk kt, maka Allah akan mengambil balik dia dr kt, walaupun mungkin cara itu amat memedihkan, tetapi itulah yg terbaik sbb manusia itu telah dijadikan berpasang2an, jika dia bukan hak kt, maka bersedialah utk kehilangannya..

bismillahi tawakkal tualaallah.
:)

m.mohaj said...

umph...pandai nyer..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails