Tuesday, May 26, 2009

Entri khas : Sengatan serangga berbisa tidak membawa maut

  1. Dulu waktu kecil aku selalu ikut tok dan arwah aki berniaga di pasar malam. Tok dan arwah aki je yg berniaga, aku and the geng (ceh sebut GENG padahal adik-adik aku jeh) pegi main.
  2. Pernah jatuh basikal bukan sebab bawak laju-laju atau tergelecek kat longkang (yang ni banyak kali) tapi terjatuh sebab mengelak anak ular melintas tengah jalan. Cilakak punya anak ular, nak melintas tak tengok kiri kanan.
  3. Masa aku darjah berapa ntah, pergi Kelantan main-main kat sawah padi konon-konon seronok sangat la tuh (jakun jakun sebab kat Kuantan tak ada sawah padi). Alih alih ada pacat merayap naik kat kaki aku. Baru merayap je yeh, belum sempat isap darah lagi. Ya Allah! Bapaklah geli geleman gila aku! Aku menggelupur kegelian. Eee..tak suka. Geli geli.
  4. Waktu kecil kalau degil tak dengar cakap mama selalu kurung dalam toilet. Toilet boleh kunci dari luar. Takot woo! Waktu kecil kan kita selalu dengar syaitan banyak dalam toilet. Means, hantu pun banyak jugak la kan? Wuwuwuwuw.
  5. Sangat takut nak cross longkang yang dalam dan curam. Walaupun kelebaran longkang tu kecil, tapi kalau longkang tu dalam lagi curam memang gerun la nak cross lebih2 lagi time pakai high heels atau kasut tumit tinggi. Sebenarnya mungkin bukan takut, tapi lebih kepada perasaan was-was tergelecek lalu terjatuh dalam longkang. Eee…malu malu kalau jatuh dalam longkang, lebih-lebih lagi kalau time tu la ada mamat hensem lalu. Perh, jatuh saham. Wahaha!
  6. Sangat suka makan sumi. Jenama sumi yang paling digemari ialah TENTEN. Kalau satu bungkus tu sekali hadap jeh boleh habis. Wawa. Ye, sila percaya sekarang (kalau tak percaya tanya Fairuz roommate sayang di UM). Mama cakap waktu aku kecil arwah aki suka sangat belikan aku sumi. Patutle sampai ke besar dewasa belia masih amat sungguh suka makan sumi. Best woo..Kau patut cuba. Murah pulak tuh. ;p
  7. Pernah kena sengat dengan tebuan masa umur 5 tahun time tengah tunggu pak sedara beli burger kat tepi jalan, kena sengat dengan penyegat (tak tau nama serangga kecil tu apa) masa darjah 6 time tengah tunggu bas nak pegi sekolah, last2 mmg tak pegi sekolah lah, kena sengat dengan tebuan masa form 4. Tu la yang last sekali kena sengat. Semua binatang berbisa suka betul pada aku. Haha.
  8. Oh oh, pernah juga disengat lipan masa darjah 3. Kan aku dah kata binatang berbisa memang suka kat aku. Hek~ Arwah aki cepat-cepat bawak aku pegi klinik pastu kena cucuk / inject kat bontot. Padan muka. Dah lah kena menanggung sengatan lipan, lagi malang kena tahan sakit cucuk kat bontot. Sakit kau tau tak! Haha.

Walaupun aku dah banyak kali kena sengat dengan binatang-binatang berbisa ni semua, tapi aku masih hidup dengan sihat sampai sekarang. Haa..kan aku dah kata ‘sengatan serangga berbisa tidak membawa maut’.

Wednesday, May 20, 2009

Old town white coffee

Some people drink coffee to stay awake
Some people drink coffee to socialize

I drink coffee to drink coffee

Wah.Suka betul dengar iklan tu.
Bukan sekadar iklan aku suka, malah aku suka minum kopi atau
coffee.


Ok. Petang ni ke mana pula kita?
Kopi putih bandar lama atau jalan kopi?
Hek~


Tak sabar nak makan kek sedap

Semalam sy ngedate dengan deng sy. Ada orang tak tahu ngedate tu apa?
Ngedate = dating..Wuwuwuw. Gedik gedik nak cakap ngedate. Hehe. Resipi rahsia menjadi pilihan. Sebenarnya dari pagi sy asyik terbayang-bayang Choc indulgence dan Yogurt cheese.. Yum2. Sedapnya. Tak sangka deng pun terbayang-bayang kek resipi rahsia juga. Ini lah yg dinamakan soulmate. Wee~


Deng dengan oreo cheese dan yogurt cheese -_-" .Nampak sahaja dah menyelerakan. Belum rasa lagi.

Sure la ni after ofis terus bergerak ke SR. Tak sabar sabar.

Kemudian, seperti biasa abg shazmanizam (tiada dalam gambar) dan encik leonardo rossi (tiada dalam gambar juga) mesti nak menyibuk-nyibuk. ;p

Kami berborak tentang politik, masalah ekonomi global, hukuman yang patut diberikan kepada mat rempit, eh sekarang telah ditukar kepada samseng jalanan, wabak kesihatan yang melanda negara, serta segala macam isu yang bermanfaat.

Ok, itu semua pembohongan semata-mata. Padahal kami berborak berbincang pasal perkara yang ntah apa apa jeh. Hikhik.

Kemudian, kami balik rumah.

End.


Monday, May 18, 2009

Kematian tragis

Si pemanggil: Hello, ni cik masitah ye?

Adik manis (walaupun busuk tak mandi lagi sebab baru bangun tido tapi tetap manis hehe): Ye saya.

Si pemanggil: Saya dari Jabatan Forensik. Ni ada kes kematian tragis yang berkaitan dengan jangkitan bacteria. Minta cik masitah datang sini tengok.

Adik manis: Eh eh jap. Sy rasa encik ni salah call orang la. Sy ni cik masitah Peg. Penyelidik CRC, bukan Pn. Masitah Peg. Sains Jabatan Patologi.

Si pemanggil: Haa, tapi ni kes kematian yg berkaitan..(teros di potong oleh adik manis)

Adik manis: Bukan bukan, encik ni salah orang.

Si pemanggil: Kahkahakhakhakhakhakhkah! Weh, ni aku la..Isyam!!

Adik manis: XJHSNTGXNSALFKNAKMH!!!! (ok, sekarang dah tak manis sebab menc**** pagi-pagi)

Si pemanggil: *gelak guling-guling*

Adik yang dah tak manis: Siot, benci kau isyam!

Nasib baik aku bangun awal pagi tu walaupun belum mandi kan tapi at least aku berada dalam keadaan sedar, tak mamai-mamai.

Tapi, bila pk pk balik conversation tu, bapak la CERDIK nya aku neh. Boleh pulak orang forensik akan call aku kalau ada kes kematian. Ingat aku ni kerja kat bahagian daftar kematian ke? Lagi, macam mana pulak orang forensik dapat nombor phone aku?

Ugh.

Friday, May 15, 2009

Kembali ke sekolah

Kenangan zaman sekolah2 dulu memang mengembirakan bukan?

Eh eh..ada ke yang tak gembira?

Ok. Kena rotan dengan cikgu disiplin tu tolak tepi.Huk

----------------------------------------------------

Kat sekolah dulu aku tinggal aka menetap di asrama. Kiranya asrama tu macam rumah kedua aku dah. Rumahku syurgaku.Ewah! Kalau dikenang balik memang banyak gila lah kenangan tinggal kat asrama ni. Yang aku paling ingat time form 4..Zaman kegemilangan. Kantoi fly malam, fly beramai-ramai pulak tuh, akibatnya kena gantung asrama la kan for a week! Hahaha..padan muka. Tapi, gemilang bukan? ;p

Lagi..

Pernah sekali kitorang bape orang ntah kena jemur sampai 2 pagi oleh siapa lagi kalau bukan dengan ‘kakak kesayangan’. Kesnya sebab tengok tv kat dewan makan sampai lewat malam. Yang lagi best kan, time tu tengah syok2 tengok HINDUSTAN kot..Sape ntah hero cite tu. Arghh..malu malu. Kenapa aku mesti cerita semua ini? Haha

Tapi, ada banyak kebaikan tau tinggal kat asrama neh..Boleh bangun lewat sebab sekolah dekat, 5 min dah boleh sampai sekolah. Eh eh sepatutnya tulis 5 min dah sampai kelas (sebab asrama kan dalam sekolah). Cikgu Fariza (GPK HEM) pernah cakap yang orang yang bangun lewat ni cekap. Dengar ye..CEKAP! Aku termasuklah orang yang cekap tu. Bukan apa, nak dibanding dengan orang yang bangun AWAL GILA pukul 5 pagi pastu mandi sorang2 kat toilet sabun syampu semua sorang2 dalam toilet..x ngeri ke? Wuwuwuwuwu.

Ok, berbalik pada topik. Cikgu cakap orang yang bangun lambat ni dalam masa sekejap jeh dia boleh setelkan semua –mandi, gosok gigi, syampu oh, sepatutnya tak perlu syampu nanti tak sempat untuk ke kelas Puan Lau yang tak garang tapi kalau dia perli PEDAS woo..menusuk kalbu. Tapi sebab dia macam tu lah aku tak penah dapat gred selain A untuk math! Thank you Puan Lau (i do hope you read this.ehe) , pakai baju, bersiap, bersolek (perlu ke?), kemas bag, pakai kasut, breakfast (sempat lagi breakfast tau!) dan seterusnya ke sekolah.

Haa…Nampak tak KECEKAPAN di situ? ;p

Bila dikenang balik, memang best masa sekolah dulu. Agh, I wish I could turn back time.

-------------------------------------------------------

Recently, for almost 5 years we leaved school, we came back to our beloved SMART since SMART was organizing SMART Niaga. But, the feeling is different now. Semua nostalgia2 lama di sekolah macam terimbau balik dalam hati dan fikiran. Ewah.

Gambaran situasi SMART Niaga

Tengok.Tengok. betapa gembiranya mereka!

Jejak kasih antara ayah dan anak-anak ;p

Pasukan gamelan yang baru ditubuhkan pada hari tersebut (lead by isyam)! haha
jahanam le harta sekolah nanti.



Mubin pandang-pandang jeling-jeling pulak..haha

Apih si pengawas: Sila beratur, jangan berebut, makcik tak angkat lagi kopok dalam kuali.
Pelajar 1: Eh eh, macam mana mubin boleh terlepas beratur paling depan?!
Pelajar 2: Dia memang macam tu..Selalu buat hal!
Pelajar 3: Hahaha ;p

Time fly. Tengah hari bute pulak tuh! Kantoi kang saje je..

Gonna miss this school so much! Rindu rindu. Wuu~




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails