Ni (bwt kek) da menjadi satu kegilaan bg aku skrg..tp kene ingt, aku x gila k!^^
Fatah ckp kat aku “Kak, Fatah da berbulan-bulan x rasa masakan kakak”. Dgr ya, “BERBULAN-BULAN”
“Aip..kakak masak ape..Tu kek yg kakak bwt tu..hihihi”
:Shhh..diam.Suke hati aku la..hihi
Chocolate cake
Bahan-bahan:
250g mentega
2 ½ cawan gula kastor
4 biji telur
1 cawan koko
1 cawan air masak
1 ½ cawan susu coklat (atau 1 cawan susu coklat dan ½ cawan susu cair)
1 sudu besar cuka (suka hati nk letak atau x)
3 cawan tepung naik sendiri (ie BlueKey)
Cara-cara:
Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
Masukkan telur sebiji demi sbiji.
Masukkan koko, air masak, susu coklat, cuka dan lastly tepung.
Gaul rata. Bakar pada suhu 160°C. Biar sejuk dan hias kek dengan krim atau coklat fudge atau ganache.
Tempoh memasak: 1 jam
Chocolate cupcakes
Same je macam resipi choc cake tu..yg beza Cuma dibakar dlm cup yg kecik2 jeh..huuu
Tempoh memasak: 10-15 min
Aising krim mentega
Bahan-bahan:
250g mentega buttercup
250g marjerin krimwell
250g gula aising
2 sudu besar air susu
Cara-cara:
Pukul mentega dan krimwell dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan ringan.
Masukkan gula aising dan air susu.
Pukul lagi sehingga gebu dan ringan.
p/s: Mentega dan krimwell perlu dipukul sehingga kembang dan ringan, baru masukkan gula. Jika tidak cukup gebu, aising akan mudah cair dan lembik.
(this recipe is cited from http://resipinoraini.blogspot.com/)
Selamat mencuba!! ^^
No comments:
Post a Comment