Monday, March 23, 2009

Kek sedap lagi..

Ingat lagi tak pasal kek coklat aku tuh? Semalam, demi kawan-kawan yang datang ke Kuantan ni aku pon buat sebijik kek untuk deorg..Buat sebiji kek tapi bagi kepada mereka cuma satu bekas kecil jeh..Haha. Seorang senior tu sibuk betul suruh aku buat kek coklat untuk dia. Hari-hari pesan kat aku supaya jangan lupa buat kek untuk dia.Konon nak merasa sendiri la kek buatan aku. Sebenarnya dia tak puas hati dan tak percaya yang aku buat kek sedap. Kekeke. Oh, sila maafkan aku sebab dah banyak sangat rasanya aku memuji diri sendiri. Siapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri? Haha.

Fatah cakap ‘Selama fatah hidup ni, kek paling sedap sekali fatah makan no satu: kek resipi rahsia (SR), kedua: kek kakak buat’ Aku dah kembang gila dah time neh. Hikhik.

Tapi kan, kalau la fatah rasa kek coklat yang mama hanis zalikha buat, sah-sah aku dah jatuh tangga ke-3. Teringin sangat nak rasa kek mama hanis zalikha yang dikatakan sedap tu..

To mama hanis zalikha: Auntie, if saya nak order choc cake auntie yang sedap lagi moist tu agak-agak boleh di post lajukan sampai ke Kuantan tak? Hehe. Jauh la kalau nak pegi amek kek tu kat Lagenda. Tsk.

Ok, sambung balik. Setelah memberi kek tu kepada kawan-kawan tadi.

Aku pon balik ke rumah.
Mereka pula nak berangkat balik ke KL.
Sampai kat rumah, aku dapat satu text message dr b**** : fuh..mantapnya!!best2..tq tau!
Haa..baru tau kan. Hikhik.

OK ade lagi neh.. : Ha3. K**** makan kek tu smpi dia ckp dia nk soh kmu jadi bini dia.ha3.

Yxhjabdjsbkjasnlasx!!! Ada ke sampai macam tu sekali. Ok k****: aku taknak jadi bini ko, tp kalau ko nak suruh aku ajar bakal bini ko tu buat kek sedap, boleh! Free of charge. Hehe.

Hum.yup. Aku tengah addicted nak buat kek neh. Suka buat dan suka makan. Sebab ni (suka makan kek) ke aku telah jadik semakin tembam? Haish. Tapi, aku teringin nak rasa kek buatan orang lain pula, selain kek mama. Siapa yang rajin nak buat kek dan kasik aku makan, aku dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih sangat. Wink2.



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails