Monday, March 23, 2009

Sedar diri..

Entri ini khas utk yg memakai kereta dan membawa kereta sahaja. Bukan kereta lembu atau kereta sorong ok.

Kat jalan raya..

Ada satu kereta..ok tipu, kat jalan raya ada banyak kereta.

Ade kereta besar, kereta kecil, kereta panjang dan lebar, kereta tinggi (ada ke kereta tinggi? lori la tuh), kereta bermacam-macam warna, pelbagai bentuk dan bunyi dan jenis dan segala macam criteria lagi la..

Tp yg aku nak cerita di sini cuma mengenai kereta yg agak tak sedar diri ketika di jalan raya. Aku rasa mesti ramai orang penah mengalami seperti apa yang telah aku alami. Almost every morning, time tengah drive nak pegi kerja.

Fuhh..mantapnya kereta ni..berjenama mahal (macam kasut, baju, handbag pula), harga kereta pon mesti mahal, macam ada turbo (eh, aku tipu la, tak ada la sampai turbo.kekeke), warna kereta masih kilat, malah memancar-mancar terkena sinaran matahari pagi..

Tapi..

70 km/j???

Lane kanan ok?

Bukan kalau lane kanan kita kene drive at least 80km/j ke? Maksud aku, kalau time tu tengah-tengah malam, or pagi-pagi buta yang semua orang tengah tido nyenyak mimpi guling-guling atas padang macam cerita Hindustan tu, tapi dia seorang jeh yang tengah drive kat jalan raya, boleh la nak berada di lane kanan selama mana pun. Yeh, selama mana!! Buat la jalan tu seperti jalan kau!

Tapi, hello!!

Semua orang tengah berkejar-kejar nak pegi kerja neh. Nak punch card sebelum pukul 8. Kalau tak, merah lah jawabnya. Maybe dia bos kot, tak payah susah-susah nak punch card..Tapi still, please be considerate to others yang memang tengah berusaha untuk menjadi seorang pekerja yang rajiin dan berdisiplin dan tidak pernah mempunyai kesalahan rekod tatatertib dan sebagainya.

Please.please.please.

Kereta da la berjujut-jujut kat belakang neh (kalau tak paham ape maksud, sila rujuk kamus dewan bahasa latest edition). Kat lane kiri ada lori. Tak boleh pulak nak take over dari lane kiri. Ugh. Memang la tak sedar diri. At last, nasib baik dapat juga men-take over kereta tadi dari lane kiri.Ugh.

Please, I beg you..Tolong sedar diri lain kali.



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails