Wednesday, January 4, 2012

Saturday, December 31, 2011

*Sticky Entry * ♥ kesahkaseh ♥

Oh, akhirnya! i berjaya juge menukar template blog i neh. I sudah pandai SIKIT. Hiks. Janji mata i sedap untuk pandang blog sendiri. Siapa lagi yang akan mengadap blog sendiri hari-hari kalau bukan diri sendiri kan? :)

---------------------------------------

Kesah kaseh.

Itulah nama blog yang i dan encik kekasih baru tubuhkan petang tadi. Yuhuu! Seronoknya. Dah lama plan nak tubuhkan that blog actually cuma masa tak mengizinkan. Sebab we both kena duduk berdua dan online sama-sama. Aritu dah pernah try. I online kat umah. En kekasih online kat umah dia. Pastu we both berbincang thru ym. Gila pening. Last-last, dua-dua penin, so we just stopped there, until today lah, baru kesahkaseh dengan rasminya ditubuhkan. Ceh..macam penubuhan syarikat. Hiks.

Mesti seronok if dapat kongsikan apa yang kita rasa, kita dah buat, kita akan buat dan macam-macam lagi lah especially about our big day. I'm very sure girls lah especially yang suka cerita-cerita bab-bab kawen neh. Kamu-kamu (girls) jangan tipu jangan bohong. Saya tahu kamu juga seperti saya suka berangan dan cerita pasal kawen juga. Hiks.

I harap kamu-kamu yang akan membaca akan berasa gembira dan seronok juga. Kerana i akan rasa amat gembira sekali if dapat kongsikan kesah kesah i especially about preparation of my wedding. Segala apa yang disebalik perkahwinan itu mungkin akan dikesahkan oleh en kekasih. Seperti tips-tips menangani konflik dalam perhubungan? Oh, yang pasal ni en kekasih i sangat pakar. Dia selalu jadi Dr Cinta. Hihihi :)

Mari mari semua kita berkunjung ke kesahkaseh!!

:D :D :D :D :D

Friday, April 23, 2010

Apa tajuk yang sesuai untuk entry ni yeh?

It's been a while i have not updating this blog. Past few weeks ni amatlah busy, especially this week. Dengan peningkatan kes sekarang ni, hari-hari i di habiskan di lab jeh. Wuu.. Kepada yang tidak tahu, i ialah officer in-charge for molecular lab di salah sebuah hospital di Kuantan nih. Particularly, lab tu dikenali sebagai lab H1N1 sebab kitorang buat confirmation test for H1N1 by real time PCR. Yep, sekarang ni kes memang semakin meningkat. Setiap hari ada je kes. Balik dah lah lambat juge. Even Sunday last week pun kene kerja juga T_T Tapi, redha jeh sebab dah namanya kerja. Memang adatlah kan? Pas balik kerja malam nya i menyibukkan diri buat paper bag for engagement pulak. Dah bila masa nya i nak update blog? Huhu. Sila tabah dan sabar mas.
...........................................................

Oh ye, sedang sibuk dengan engagement preparation i yang lagi seminggu je lagi ni. What? Seminggu je lagi?? Mak aih, sekejap nye masa. Wuu.. Tak sangka pulak we both dah nak sampai ke next stage of our life. Hope everything will go well as planned. InsyaAllah. Ok sambung balik. Sedang sibuk dengan preparation ni, one of my best friend pula sibuk mencari duit lebih dengan mengambil tempahan untuk hantaran. Tak kesahlah wedding ke engagement ke. Semua dia boleh buat. To be frank, she's quite creative dan kerja-kerja beliau sangat halus dan kemas ok. So, saya sangat rekomen kepada sesiapa yang mahu membuat tempahan hantaran dengan beliau boleh lah hubungi ibu yang sudah 5 bulan mengandung ini *bunting pelamin hiks :)* happy for you sayang :)

Nama beliau: Yanti
Nama glemer: Betty ;)
Phone num: 012-9525543


Ni antara hantaran hasil gubahan oleh beliau.

Oh ye, hantaran kahwin beliau pun beliau yang DIY sendiri. Tapi, sayangnya puas i cari gambar-gambar tu tiada T_T Mungkin dalam PC di ofis. Takpelah, later i will upload it. Lagi satu, harga boleh dirunding yeh :)

Semoga bertemu di lain entry. Bye :)

Saturday, April 10, 2010

Arghhh..

Kenapa layout blog ni dah jadi mengong???

Sah i memang buat IT.

Ugh. Tension. Dari semalam figure out nak buat tapi takleh. Ugh ugh ugh!


Alamak cute pulak gambar budak nih. Terhilang stress kejap. Huu..

Friday, April 9, 2010

Rindu dan merapu

Good day, eh good evening.
.................................................

I masih teringat moment bersama produksi Detik di KL. Teringat-ingat terngiang-ngiang perangai sorang2. Berbagai-bagai. Warna-warni i rasa macam pelangi. Rindunyeh. Walaupun dah seminggu berlalu tapi tetap rindu.

Rindu ..
Semua orang..
Semua orang..
Semua orang..
Homestay..
SS Sajian terbaik..
Taman Budaya..
Petaling Street.. Kejadah?
Pasaraya UO..Lagi satu kejadah?

The Production


The Casts

The Crews

Bila nak kumpul macam tu lagi. Hm..

More pictures sila kelik sana dan kelik sini.

Ok stop.

Balik dari cuti yang lama keje kompemlah bertimbun-timbun? This week memang terbaek lah busy. Macam-macam kerja. Problem ngan test kat lab lagik, nak kene troubleshoot. Haih. Pening. Tapi alhamdulillah that problem dapat di selesaikan akhirnya :) Tambah dengan buat kerja bos lagi. Buat i macam PA. Ada gaya macam setiausaha bertauliah ke i neh? Hmm.. Nasib baik lah dah nak transfer. Selamat dah i. Yuhuu. Selama seminggu tu jugaklah i tak menyempat nak berblog. Setakat Facebook kat ofis tu bolehlah. Blog telah diblock oleh KKM. Tak paham nape perlu block? Facebook tak block pulak. Heh. Baik tayah block semua kan?

Memang merapu-rapu dah i neh. Busan lah tonite tak tahu kenapa. Encik Risik keluar dating bersama boifren dia *dia bukan gay ok :D *

I busan ni. Haih. Nak pergi tido lah.
Good night sayang :*

Monday, March 22, 2010

Sushi King

Semenjak dah ada blog baru ni i dah agak mengabaikan blog i yang satu ni. Sian blog i yang ni. Tak berupdate pun. Tsk tsk. Okeh sekarang i akan update. Yee...mari update!!

Hari ni i teringat kat Sushi King. Eh bukan hari ni jeh tapi dari hari tu dah actually. Tak tahu nape. Rase rindu nak memakan Sushi King bersama si kekasih hati. Huu.. Oh i perlu bersabar. Kerana hanya lagi 2 hari gaji bagi semua penjawat-penjawat awam ni akan masuk.Yehuu. Maka selepas mendapat gaji tersebut i mempunyai niat untuk membelanja si kekasih hati makan sushi (oh sepatutnya i kena gelarkan beliau encik risik eh tapi takpe lah). Tak sabar pulak rasanya nak pegi makan sushi macam mengidam jeh i neh. Haha.

Dulu we used to makan sushi together almost every month (ceit tipu jeh sebab seingat i baru beberapa kali jeh kami memakan Sushi bersama) Tapi terasa macam every month perkara wajib ialah pergi makan Sushi King sehinggalah kami berdua berikrar bahawa dalam satu bulan HANYA SATU KALI sahaja dibenarkan memakan fast food. Adakah sushi di kira fast food juga? Heheh. Kalau bukan maka setiap bulan boleh lah pergi makan Sushi yeh? Taknak lah nanti busan lak dok ngadap sushi jeh.

Mane lah sushi tak sampai-sampai lagi neh. Haih. *muka busan* Heh.

Yehuu!! Hidangan sudah sampai. Mari makan.

Kenyang kenyang :D

Japanese tea adalah wajib :)

Rindu rindu T_T


Friday, March 19, 2010

Tomyam

Dah dekat seminggu i ngidam nak makan meehun tomyam kat New Horizon tuh. Encik kekasih tak bawak i pegi makan pun tsk tsk T_T Setiap hari bangun pagi i dok teringat-ingat kat tomyam merah restoren tuh. Wuwu. Sedapnye..Dengan masamnye, rasa pedas-pedas, ada ayam udang sotong cendawan segala macam mende lah ada kat dalam tomyam tuh. Huu my feveret!
Dengan tidak tertahan lagi, i pun pegi jugak ke New Horizon time rehat tengahari arituh. Tak kire. Pegi dengan ofismate. Akhirnya hajat i pun tercapai. Aminnnn..

Sedap woo..Semua patut cuba neh. Cuma 6 hingget jeh semangkuk yang besar neh. Walaweh! Syok betul.

Sebelum makan wajib amek gambar food dulu huhu :) See? Kan i dah bilang..memang meletop habis lah. Wuuu..Drooling i tengok gambar neh. Rasa nak pegi makan lagik. Yum yum.

Gendang gendut tali kecapi,
Kenyang perut suka hati.

Hahahaha :D :D :D

Thursday, March 18, 2010

Debaran hari esok

Mak aih..tajuk entry. Macam Debaran Sehati Berdansa pulak. hehe. I would say hari ni hari yang baik juge lah. Walupun agak busy dengan tugas seharian tapi still boleh bertenang. And most of the work dapat disiapkan. Alhamdulillah.

Ade lagi perkara baik yang mana my deng akan dapat apa yang ditunggu-tunggu. Surprise! Seronok betul deng i hiks. I pun sama-sama tak sabar jugak neh. Eh melalut-lalut kejap. Berbalik kepada tajuk. Esok adalah hari yang bermakna bagi i. Dan esok adalah hari yang mana perhubungan i dengan encik kekasih hati akan melangkah ke satu lagi tahap kecekapan (macam PTK penilaian tahap kecekapan tu aha) Ok ini bukan main-main, tapi benar-benar akan menjadi kenyataan. Dah 7 bulan 2 minggu dan 4 hari bersama kan u? Kadang-kadang i rasa sekejap jeh, kadang-kadang i rasa lama lah pulak (ni sebab asyik fikir lambat lagi nak kawen hah! gatey ;P)

Apa yang pasti, i tertunggu-tunggu jugak hari esok ;) Senang cite, esok malam i akan selamat digelar 'risik' kepada encik kekasih :) InsyaAllah. I harap semuanya akan berjalan dengan lancar amat! Doakan kami yeh. Amin.

Tuesday, March 9, 2010

Kurus

Sekarang ni memang macam kene gigih lah untuk berjogging. Kuatkan semangat. Yah yah! Untuk sihat disamping mengurangkan segala lemak-lemak yang mengcontribute kepada berat badan i neh. Cubaan berdiet macam susah gila nak jadi. Sebab nafsu makan memang lah menguasai segalanya. Haih. Tapi sekarang mencuba untuk kurangkan makan nasik pulak. Walaupun macam impossible sebab my family memanglah mengajar untuk makan nasik sejak dari baby lagi. Dah macam mana? Tapi i'll try lah. Kene gigih betul kali ni.

Tapi, macam mana kalau hangat-hangat bunga tahi ayam? Macam mana nak merealisasikan segala impian i mahu kurus? Macam mana? Macam mana? Hmm..Kene ambik banyak tips dari abg bazli neh. Gila bapak kurus gila dia sekarang. Eh cop, takde lah sampai bapak kurus gila, tapi at least macam almost nak mencapai berat badan ideal jeh? Ye dok? Wuu...jeles!

Sila gigih tekun sabar istikhamah mas! Anda pasti berjaya. InsyaAllah.

Tuesday, February 9, 2010

Waktu kecil dulu kita memang suka main pondok-pondok

"mas..mas..siape yang x kenal ngan mas..hehe..mas jangan lupe name kite nurul zaadah juhari and mas kadang2 panggil kite 'z' dan kadang2 panggil kiter 'nurul'.. nape yek..jawab mas..nak kawin nanti jemput2 ler kiter di alamat..no 39, lorong 29, tmn sri mahkota, jln gambang, 26070 kuantan..hehe..oo mas..kiter kawan sejak kecikkan..ingat lagi x kite g tabika sama2..hehe..jln sama..makan sama..n gaduh pun same2..hihi..ni gaduh cos nak rebut pakwe ler nih..huhu..ingat x mas..kita main pondok2..kadang2 kiter jadik mak..mas jadik anak kiter..mas mesti geram ngan kiter kan sebab kiter nih asyik nak jadik mak jer..ingat x mas..abih pokok bunga maklong kiter kebas..konon2 sayur-sayuran ler tu..nak masak katakan..hehe..dah jemu main pondok2..kiter ajak kawan2 main galah panjang lak..bestkan mas..dah lama tak main..rindu plak..oo mas..ingat x..masa main kejar2..kite lari punya ler laju sampai terlanggar pokok kelapa..fuhh..sakit gler masa tu..kah kah kah..padan muka kat kiter!! tengok..tulisan dah senget..huhu..mas..dulu kiter sentiasa sama2 kan..x sangka dapat pkn pun sama2 gak..kiter punyerla seronok tahap cipan dah time tuh..dapat tau mas dapat kat kem semuji gak..yahoo..pastu kiter sedey ar gak sbb x dpt matrik same2..tp x pe..orang cakap nak blaja biar sampai ke negeri China..tp tak skang..kiter sampai S'wak pulak..jauhnye mas..nanti balik cuti kita wat blk cenderahati kat mas..dr S'wak tuh..nnt jgn lupekan kiter lak tau..kiter harap sgt perhubungan kiter sebagai sahabat akan berkekalan..uwaa..sedeynyee..mas..thanks 4 everything ye!! I luv u mas..mmuaks!!"

........................................................

I ada sebuah buku. Buku itu adalah seperti di bawah:

i sayang giler kat buku nih!

Taraa...



Syahdu kan ayat-ayat kat atas tuh? Terharu lak bila baca balik. Wuwu. Walaupun ejaan dia memang macam budak2 habis (time dia tulis ni memang masih remaja) tapi hati i tetap rasa syahdu juge. Memang menggamit memori lah.

Nurul Zaadah binti Juhari

Beliau adalah antara kawan yang pertama dalam hidup i. Waktu i baru jeh pindah kat Kg Mahkota, time tu i umur 4-5 tahun kalau tak silap. Memang takde kawan lah. Petang2 time pegi umah tok kat sebelah umah beliau pun datang juge untuk main sama2. Masa tu main basikal jeh, yang ada roda tiga tuh. Almaklumlah, time tu i baru setaun jagung jeh mengenali apa itu basikal. Heh. Setiap hari setiap petang main basikal, lama2 memang jadi pro. Dah takde dah dua roda kecik kat tayar belakang tuh. Siap wili wili lagi tuh ( ini menipu) .Pegi tabika pun naik basikal jeh. Tiap-tiap pagi i tunggu beliau untuk pegi tabika sama2..sebab beliau ni selalu siap lambat. Biasalah orang perempuan, kalau bersiap memang lame. Hiks. (Ops! Pecah tembelang sudah :p )
Lepas tabika, sekolah rendah sama, naik sekolah menengah pun sama, dapat PKN pun sama jugak! Seronok! Selepas tu, biasalah..panas tak selalunya sampai ke petang..mesti hujan di tengahari..Part matrik dan universiti dah tak sama dah :(

Tetapi..

Itu tak bermakna kami tak menjadi sahabat sehingga ke hari ini. Biar berpisah jauh. Tapi dekat di hati. Bumi KUANTAN ini akan tetap menemukan kami kembali :)

Sempena hari ulangtahun beliau yang ke 24 pada tanggal 9 Februari ni, i mahu mengucapkan Selamat Hari Lahir sayangku. Semoga kamu akan sentiasa dirahmati Allah dan berbahagia serta berjaya atas segala apa yang kamu lakukan baik di dunia mahupun di akhirat. Sila jaga diri dan maruah walau di mana pun kamu berada. Love u so much!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails