Showing posts with label jalan jalan. Show all posts
Showing posts with label jalan jalan. Show all posts

Tuesday, September 1, 2009

Jalan-jalan di bulan puasa sambil shopping dan makan apabila tiba waktu berbuka

Day: Saturday

Date: 29 August 2009


Today saya bergerak ke KL with beliau. Kami mahu shopping! Wee! Dalam pukul 1030 pagi gerak dari Kuantan, sampai KL dalam kul 1 tghr. Kami bergerak ke area KL Sentral untuk mencari tempat penginapan beliau. Budget hotel. Tempat penginapan beliau sahaja yeh, bukan kami :P Saya menginap di rumah Sayda, rumate saya kat UM dulu. Sempat lagi berjumpa dengan banggunan JK. Hihi (gambar ada pada beliau sebagai bukti).


Kemudian kami bergerak ke One Utama. Nasib baik jalan tak berapa nak jam. Sampai-sampai kat OU pergi carik tiket The Proposal. Tapi tinggal seat paling depan jeh? Apakah?? Fine. Baiklah. Dugaan bulan puasa? Hoho.


Tapi, kami gigih gila tunggu kaunter tu bukak yang reservation punye? Siap pergi masuk line beratur semula. Hoh. Sungguh gigih!! Dan disebabkan kegigihan tu lah kami dapat seat yang best! Wink wink ;)


After movie, berjalan-jalan kejap kat OU, usha-usha apa-apa yang patut. Kemudian kami bergerak ke William. Mau berbuka puasa di sana bersama Gauls KL network. Tan sri Daniel juga hadir sebagai VVIP (kerana beliau datang paling lambat k) Oh makanan kat William sangat sedap lazat amat dan sangat kenyang. Makan boleh harap! :)

...................................


Destinasi seterusnya ialah Mid Valley.

Shopping lagi. Wee!

...................................



Walaupun masih kenyang amat makan time berbuka, tetapi mereka (Gauls KL and Kuantan network) masih gigih mahu moreh? Semuanya memang tak dapat dinafikan lagi makan boleh harap :P


Journey for today ends here.


...........................................


Keesokkan harinya,

Day: Sunday

Date: 30 August 2009


KL Sentral -> Amcorp Mall (melihat kemalangan ngeri yang berlaku di Federal Highway) -> Jalan TAR -> Pavillion -> Suria KLCC (berjumpa Ahtol syg) -> Naili’s Place, Ampang (berbuka puasa) -> Kuantan terchenta :)


Wah!! Dua hari ni memang terasa sangat panjang. Serius. Sempat lagi kena marah sekejap time kat Jalan TAR tapi saya lampi? Siap boleh gelak-gelak lagi? Hihi :p



Happy gila dapat jumpa Ahtol. Thanks yang sebab gigih datang berjumpa dengan aku walaupun ko tengah demam. Walaupun demam ko tetap banyak gila cakap. That is so you! Hihi. Aku happy gila tau dapat jumpa ngan ko. Padahal sebelum tu aku macam dah penat gila kaki rasa nak cari tempat untuk duduk jeh, takpun carik kerusi Ogawa. Tapi, right after jumpa ko terus rasa penat tu hilang? Boleh pulak kita bergossip bagai nak rak? Haha. Rindu. Rindu.


.......................................


Setelah habis grab apa-apa yang patut, berbuka semua, saya dan beliau pun bergerak pulang ke Kuantan. Bye bye KL. Nanti kami datang lagi. Wee!


Perjalanan pulang yang sangat best :)

Monday, July 27, 2009

3 hari..

… tak jumpa beliau. Rindu. Rindu. Rindu. *bila aku dah siap tulis word tu sebanyak 3 kali, maksudnya aku betul betul rindu* wuwu~


So, today (Sunday, 260709) akhirnya kami bertemu..ececeh..:) ngedate la senang cite. Kami pergi ke Pekan Bandar di raja Pahang. Almost 10 years kot tak pegi sana. Last aku pergi waktu aku form 1, jalan-jalan ngan family melawat Muzium Sultan Abu Bakar. Masih ada lagi jet dengan helicopter kat halaman luar muzium tu, tapi macam dah berkarat-karat sebab dah lama sangat plus selalu kena jemur hujan panas semua. Kesian jet dan heli tuh. Wuwu.


Kat Pekan ada Royal International Go-kart Competition (betul ke neh? suka-suki aku jeh bagi nama hehe). Best. Best. Gila laju pemandu pemandu go-kart tu bawak. Thrill. Siap accident depan mata. Terkejut gak. Pemandu tu (sangat amat muda lagi budak jeh) siap patah jari tak silap aku. Kesian. Nasib baik go-kart tu tak terbalik dan tergolek-golek ke arah kitorang. Selamat.



Perjalanan pulang, mengambil jalan yang agak jauh, lalu tepi-tepi kampung. Tenang dan damai. Tapi ada banyak periuk api *time ni I lampi gila haha* :P Menyusuri pantai selepas itu. Tenang dan damai lagi. Siap hirup udara dalam kereta. Padahal udara air-cond jeh sebab tak bukak tingkap pun time tuh. Kunun-kunun hirup udara segar tepi pantai? Haha. Silly me :)


Singgah makan kat Mok Na sebab aku dah lapar time tuh. Perut bunyi bunyi. Sangat ramai pelanggan time tuh. Tak ada meja dah untuk duduk. Luckily ada makcik ajak kitorang duduk sekali. Beliau dan kawan beliau dua orang jeh. Kami pun duduk di situ. Boleh pulak siap berborak berkenalan dengan makcik tu. Sangat baik dan cool lah makcik tuh huhu :) Siap belanja kitorang lagi. Dapat makan free. Thank you makcik Hasnah dan makcik Zamiah. Makcik Hasnah siap mintak alamat rumah nanti boleh bagi kad kahwin jemput kitorang pegi kenduri kahwin anak dia. Wink wink ;)


Petang tu coffee street. Nak jumpa Zaireen. Beliau baru jeh pulang ke Malaysia dari Bangor (sebutannya adalah seperti beng-ger). Berborak macam-macam cerita. Contohnya pasal slugs di Bangor? Winter vomiting bug? Dan sebagainya.


Hoh. Begitulah perjalanan kisah hidup aku pada hari Sunday (seperti hari Sunday yang indah sha)


Penat sikit tapi gembira.


Wink wink


;)


Monday, July 20, 2009

Hujung minggu yang terasa sekejapnya

Kenapa bila hari Jumaat je orang akan rasa gembira? Dan untuk orang yang berkerja akan terasa sangat amat malas untuk buat kerja? *eh, ke aku sorang je macam ni?* Plus, kalau nak buat kerja tu mesti nak cepat siap jeh. Mestilah kan. Sebab esoknya start weekend. Siapa yang tak suka weekend. Time tu lah kita nak berehat-rehat. Duduk rumah. Memasak. *Ni bagi ibu-ibu especially my mum. Beliau sangat suka memasak masakan sedap-sedap. Sengaja nak bagi anak dara dia sorang ni makin gemuk?*

Wuwu~


…………………………………………………………………


Date: 180709

Venue: Xanax Karaoke, Teruntum Complex


Post ini khas untuk deng-ku sha.

Syg, baru tahu perasaan berkarok tu macam mana? Kehkeh :P Sebelum ni kan beliau lah paling anti di dunia untuk berkarok. Sekarang..lihatlah sendiri.


Kalau tak silap aku lah kan, almost 70% of the time microphone itu berada pada tangan beliau. Betulkan begitu syg? Haha! :P



Eleh..kunun kunun tamau bagi orang kenal beliau


Inilah beliau


Tengok tengok..beliau lagi


Plus, malam lebih kurang jam 930pm, beliau mesej “Pasni aku tanak karoke dah.Penat!aku baru je bangun ni” Boleh percaya ke syg? Haha.

………………………………………………………………

Date: 190709

Menemani sha syg ke rumah chenta beliau. Ada kenduri. Beliau segan. Jadi aku kena teman.


Sha bersama panda beliau

Petang tu pula kami lepak minum di Starbucks ECM. Sha kepingin mahu minum latte. Kemudian, tan sri dan en nazirul pun mahu menyibuk2 juga. Mula-mula memang mahu bergossip bersama deng-ku zack *just the three of us* tapi zack cannot make it. Beliau ada hal keluarga. Wuwu. Selepas itu, kami bergerak ke Telok Chempedak *tempat favorite* wink2 untuk berjalan-jalan dan ambil angin.


En Nazirul dan tan sri memang tak dapat dipisahkan


U nampak cool lah camni :P

Raya dah nak dekat kan? So, kami menjadi model baju kurung


Bercanda di tepi pantai


Tiba-tiba today dah hari isnin. Kerja.

Sekejap je rasa weekend ni.


:)





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails