Monday, March 22, 2010
Sushi King
Friday, March 19, 2010
Tomyam

Tuesday, September 1, 2009
Jalan-jalan di bulan puasa sambil shopping dan makan apabila tiba waktu berbuka
Day: Saturday
Date: 29 August 2009
Today saya bergerak ke KL with beliau. Kami mahu shopping! Wee! Dalam pukul 1030 pagi gerak dari Kuantan, sampai KL dalam kul 1 tghr. Kami bergerak ke area KL Sentral untuk mencari tempat penginapan beliau. Budget hotel. Tempat penginapan beliau sahaja yeh, bukan kami :P Saya menginap di rumah Sayda, rumate saya kat UM dulu. Sempat lagi berjumpa dengan banggunan JK. Hihi (gambar ada pada beliau sebagai bukti).
Kemudian kami bergerak ke One Utama. Nasib baik jalan tak berapa nak jam. Sampai-sampai kat OU pergi carik tiket The Proposal. Tapi tinggal seat paling depan jeh? Apakah?? Fine. Baiklah. Dugaan bulan puasa? Hoho.
Tapi, kami gigih gila tunggu kaunter tu bukak yang reservation punye? Siap pergi masuk line beratur semula. Hoh. Sungguh gigih!! Dan disebabkan kegigihan tu lah kami dapat seat yang best! Wink wink ;)
After movie, berjalan-jalan kejap kat OU, usha-usha apa-apa yang patut. Kemudian kami bergerak ke William. Mau berbuka puasa di
Destinasi seterusnya ialah Mid Valley.
Shopping lagi. Wee!
Walaupun masih kenyang amat makan time berbuka, tetapi mereka (Gauls KL and Kuantan network) masih gigih mahu moreh? Semuanya memang tak dapat dinafikan lagi makan boleh harap :P
Journey for today ends here.
...........................................
Keesokkan harinya,
Day: Sunday
Date: 30 August 2009
KL Sentral -> Amcorp Mall (melihat kemalangan ngeri yang berlaku di Federal Highway) -> Jalan TAR -> Pavillion -> Suria KLCC (berjumpa Ahtol syg) -> Naili’s Place, Ampang (berbuka puasa) -> Kuantan terchenta :)
Wah!! Dua hari ni memang terasa sangat panjang. Serius. Sempat lagi kena marah sekejap time kat Jalan TAR tapi saya lampi? Siap boleh gelak-gelak lagi? Hihi :p
Happy gila dapat jumpa Ahtol. Thanks yang sebab gigih datang berjumpa dengan aku walaupun ko tengah demam. Walaupun demam ko tetap banyak gila cakap. That is so you! Hihi. Aku happy gila tau dapat jumpa ngan ko. Padahal sebelum tu aku macam dah penat gila kaki rasa nak cari tempat untuk duduk jeh, takpun carik kerusi Ogawa. Tapi, right after jumpa ko terus rasa penat tu hilang? Boleh pulak kita bergossip bagai nak rak? Haha. Rindu. Rindu.
.......................................
Setelah habis grab apa-apa yang patut, berbuka semua, saya dan beliau pun bergerak pulang ke Kuantan. Bye bye KL. Nanti kami datang lagi. Wee!
Perjalanan pulang yang sangat best :)
Tuesday, July 28, 2009
High fibre cheesecake
Terima kasih kepada nadirah alias dan ria razali di atas penceritaan anda berdua tentang keenakan dan kelazatan kek tersebut. Semalam lah aku teringat-ingat kat kek tuh, macam mana lah rasa dia? Betul ke macam yang mereka gembar-gemburkan? Hoh.
Akhirnya, petang semalam after work dapat juga rasa. Mereka cakap benar. Tak berbohong menipu semua. Kek tu serius lazat amat! Kamu kamu patut cuba especially bagi penggemar cheesecake. Sangat cepat kenyang bila makan, mungkin disebabkan oleh serat-serat yang banyak dalam kek. Cheesecake tapi high fibre. Ironi bukan? huhu
Monday, July 27, 2009
3 hari..
… tak jumpa beliau. Rindu. Rindu. Rindu. *bila aku dah siap tulis word tu sebanyak 3 kali, maksudnya aku betul betul rindu* wuwu~
So, today (Sunday, 260709) akhirnya kami bertemu..ececeh..:) ngedate la senang cite. Kami pergi ke Pekan Bandar di raja Pahang. Almost 10 years kot tak pegi sana. Last aku pergi waktu aku form 1, jalan-jalan ngan family melawat Muzium Sultan Abu Bakar. Masih ada lagi jet dengan helicopter kat halaman luar muzium tu, tapi macam dah berkarat-karat sebab dah lama sangat plus selalu kena jemur hujan panas semua. Kesian jet dan heli tuh. Wuwu.
Kat Pekan ada Royal International Go-kart Competition (betul ke neh? suka-suki aku jeh bagi nama hehe). Best. Best. Gila laju pemandu pemandu go-kart tu bawak. Thrill. Siap accident depan mata. Terkejut gak. Pemandu tu (sangat amat muda lagi budak jeh) siap patah jari tak silap aku. Kesian. Nasib baik go-kart tu tak terbalik dan tergolek-golek ke arah kitorang. Selamat.
Perjalanan pulang, mengambil jalan yang agak jauh, lalu tepi-tepi kampung. Tenang dan damai. Tapi ada banyak periuk api *time ni I lampi gila haha* :P Menyusuri pantai selepas itu. Tenang dan damai lagi. Siap hirup udara dalam kereta. Padahal udara air-cond jeh sebab tak bukak tingkap pun time tuh. Kunun-kunun hirup udara segar tepi pantai? Haha. Silly me :)
Singgah makan kat Mok Na sebab aku dah lapar time tuh. Perut bunyi bunyi. Sangat ramai pelanggan time tuh. Tak ada meja dah untuk duduk. Luckily ada makcik ajak kitorang duduk sekali. Beliau dan kawan beliau dua orang jeh. Kami pun duduk di situ. Boleh pulak siap berborak berkenalan dengan makcik tu. Sangat baik dan cool lah makcik tuh huhu :) Siap belanja kitorang lagi. Dapat makan free. Thank you makcik Hasnah dan makcik Zamiah. Makcik Hasnah siap mintak alamat rumah nanti boleh bagi kad kahwin jemput kitorang pegi kenduri kahwin anak dia. Wink wink ;)
Petang tu coffee street. Nak jumpa Zaireen. Beliau baru jeh pulang ke Malaysia dari Bangor (sebutannya adalah seperti beng-ger). Berborak macam-macam cerita. Contohnya pasal slugs di Bangor? Winter vomiting bug? Dan sebagainya.
Hoh. Begitulah perjalanan kisah hidup aku pada hari Sunday (seperti hari Sunday yang indah sha)
Penat sikit tapi gembira.
Wink wink
Wednesday, June 3, 2009
Asyik cerita pasal makanan
Food. Food. Food.
----------------------
Secret Recipi
Old Town White Coffee
Sumi TENTEN
Secret Recipi lagi
Jagung
------------------------
Semua pun makanan.
Haih.
Tuesday, June 2, 2009
Dulu aku suka makan jagung. Sekarang tidak lagi
Kau orang suka jagung yang macam mana? Jagung bakar ke jagung rebus? Ke jagung dalam cawan aka corn in cup?
Dulu aku suka makan jagung sebab Fairuz la yang ajar aku. Tapi sekarang tidak lagi. Kalau ada aku makan, kalau tak ada pun tak pe. Aku tak kisah.
Makan kek resipi rahsia memang best
Last week lepak situ sebab nak celebrate birthday dani. Dia ni kalau tak terharu lagi orang siap sayang celebrate birthday dia semua tak tau la nak cakap apa. Even birthday dia dah lepas 2 hari. huhu. Mubin kata dia tak ada perasaan. haha. Tapi aku tau, jauh di sudut hati dia mesti terharu punyelah! At least ada la rasa sikit terharu. Kalau tak terharu jugak SIAP! Haih.
Wednesday, May 20, 2009
Old town white coffee
Some people drink coffee to socialize
I drink coffee to drink coffee
Wah.Suka betul dengar iklan tu.
Bukan sekadar iklan aku suka, malah aku suka minum kopi atau coffee.
Ok. Petang ni ke mana pula kita?
Kopi putih bandar lama atau jalan kopi?
Hek~
Tak sabar nak makan kek sedap
Ngedate = dating..Wuwuwuw. Gedik gedik nak cakap ngedate. Hehe. Resipi rahsia menjadi pilihan. Sebenarnya dari pagi sy asyik terbayang-bayang Choc indulgence dan Yogurt cheese.. Yum2. Sedapnya. Tak sangka deng pun terbayang-bayang kek resipi rahsia juga. Ini lah yg dinamakan soulmate. Wee~
Kemudian, seperti biasa abg shazmanizam (tiada dalam gambar) dan encik leonardo rossi (tiada dalam gambar juga) mesti nak menyibuk-nyibuk. ;p
Kami berborak tentang politik, masalah ekonomi global, hukuman yang patut diberikan kepada mat rempit, eh sekarang telah ditukar kepada samseng jalanan, wabak kesihatan yang melanda negara, serta segala macam isu yang bermanfaat.
Ok, itu semua pembohongan semata-mata. Padahal kami berborak berbincang pasal perkara yang ntah apa apa jeh. Hikhik.
Kemudian, kami balik rumah.
End.
Thursday, April 16, 2009
Cuppies cute
Nak tau sebab apa? Sebab ni..
tp..aku dah makan.Serius SEDAP!! Memang tak rugi tau beli. Ada 3 layers: kek, krim dan yang paling atas tu icing fondant (i guess) yang rasa macam gula-gula lolipop.
Cuppies ni aku order dari kawan aku..dia mmg bisnes cuppies. So, sape-sape yang agak-agak dah bertemu jodoh tu dan nak melangsungkan pertunangan, ataupun nak buat birthday party ke boleh lah tempah dengan dia.
Tenkiu Ria Razali sbb berjaya menceriakan hariku~ hikhik (ya..dengan cuppies kiut begini siapa yang tak ceria bukan?)
catatan 1: Ria kena bagi kredit to me sbb tolong promote cuppies.hehe
catatan 2: just klik Ria Razali. It will direct you to Ria's facebook page.
Monday, March 23, 2009
Kek sedap lagi..
Fatah cakap ‘Selama fatah hidup ni, kek paling sedap sekali fatah makan no satu: kek resipi rahsia (SR), kedua: kek kakak buat’ Aku dah kembang gila dah time neh. Hikhik.
Tapi kan, kalau la fatah rasa kek coklat yang mama hanis zalikha buat, sah-sah aku dah jatuh tangga ke-3. Teringin sangat nak rasa kek mama hanis zalikha yang dikatakan sedap tu..
To mama hanis zalikha: Auntie, if saya nak order choc cake auntie yang sedap lagi moist tu agak-agak boleh di post lajukan sampai ke Kuantan tak? Hehe. Jauh la kalau nak pegi amek kek tu kat Lagenda. Tsk.
Ok, sambung balik. Setelah memberi kek tu kepada kawan-kawan tadi.
Aku pon balik ke rumah.
Mereka pula nak berangkat balik ke KL.
Sampai kat rumah, aku dapat satu text message dr b**** : fuh..mantapnya!!best2..tq tau!
Haa..baru tau kan. Hikhik.
OK ade lagi neh.. : Ha3. K**** makan kek tu smpi dia ckp dia nk soh kmu jadi bini dia.ha3.
Yxhjabdjsbkjasnlasx!!! Ada ke sampai macam tu sekali. Ok k****: aku taknak jadi bini ko, tp kalau ko nak suruh aku ajar bakal bini ko tu buat kek sedap, boleh! Free of charge. Hehe.
Hum.yup. Aku tengah addicted nak buat kek neh. Suka buat dan suka makan. Sebab ni (suka makan kek) ke aku telah jadik semakin tembam? Haish. Tapi, aku teringin nak rasa kek buatan orang lain pula, selain kek mama. Siapa yang rajin nak buat kek dan kasik aku makan, aku dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih sangat. Wink2.
Friday, February 20, 2009
Makanan sedap
Semalam..sy nk makan makanan sedap. Nak sgt makan makanan sedap.X tau nape saya nk makan sgt makanan sedap. Haish.Byknye makanan sedap.
Mungkin sebab sy da byk hari x makan nasik. Last sy makan nasik pada hari ahad yg lalu, selepas abes perlawan bola tampar. Haa..ahad lepas sy ade perlawanan bola tampar.
Ok.Petang smlm selepas pulang dr kerja, akhirnya sy dapat makan makanan sedap.
Sy dapat makan yogurt cheese cake dan choc indulgence resipi rahsia. Tp bukan sy yg habiskan semua. Sy share dgn adik sy. Antara byk2 kek resipi rahsia, dua kek ni mmg feveret sy. Marveles!!Nk tau resipi die? Sy pon x tau sbb die resipi rahsia. Kekeke. Ape yg sy mengarut neh. Owh, sebenarnya sy sgt busan skrg neh dan sy tgh in the mood nk holiday. Yuhuu!!^^ sape2 nk ikot sy pegi jalan2 silekan.

