Showing posts with label beliau. Show all posts
Showing posts with label beliau. Show all posts

Friday, April 9, 2010

Rindu dan merapu

Good day, eh good evening.
.................................................

I masih teringat moment bersama produksi Detik di KL. Teringat-ingat terngiang-ngiang perangai sorang2. Berbagai-bagai. Warna-warni i rasa macam pelangi. Rindunyeh. Walaupun dah seminggu berlalu tapi tetap rindu.

Rindu ..
Semua orang..
Semua orang..
Semua orang..
Homestay..
SS Sajian terbaik..
Taman Budaya..
Petaling Street.. Kejadah?
Pasaraya UO..Lagi satu kejadah?

The Production


The Casts

The Crews

Bila nak kumpul macam tu lagi. Hm..

More pictures sila kelik sana dan kelik sini.

Ok stop.

Balik dari cuti yang lama keje kompemlah bertimbun-timbun? This week memang terbaek lah busy. Macam-macam kerja. Problem ngan test kat lab lagik, nak kene troubleshoot. Haih. Pening. Tapi alhamdulillah that problem dapat di selesaikan akhirnya :) Tambah dengan buat kerja bos lagi. Buat i macam PA. Ada gaya macam setiausaha bertauliah ke i neh? Hmm.. Nasib baik lah dah nak transfer. Selamat dah i. Yuhuu. Selama seminggu tu jugaklah i tak menyempat nak berblog. Setakat Facebook kat ofis tu bolehlah. Blog telah diblock oleh KKM. Tak paham nape perlu block? Facebook tak block pulak. Heh. Baik tayah block semua kan?

Memang merapu-rapu dah i neh. Busan lah tonite tak tahu kenapa. Encik Risik keluar dating bersama boifren dia *dia bukan gay ok :D *

I busan ni. Haih. Nak pergi tido lah.
Good night sayang :*

Monday, March 22, 2010

Sushi King

Semenjak dah ada blog baru ni i dah agak mengabaikan blog i yang satu ni. Sian blog i yang ni. Tak berupdate pun. Tsk tsk. Okeh sekarang i akan update. Yee...mari update!!

Hari ni i teringat kat Sushi King. Eh bukan hari ni jeh tapi dari hari tu dah actually. Tak tahu nape. Rase rindu nak memakan Sushi King bersama si kekasih hati. Huu.. Oh i perlu bersabar. Kerana hanya lagi 2 hari gaji bagi semua penjawat-penjawat awam ni akan masuk.Yehuu. Maka selepas mendapat gaji tersebut i mempunyai niat untuk membelanja si kekasih hati makan sushi (oh sepatutnya i kena gelarkan beliau encik risik eh tapi takpe lah). Tak sabar pulak rasanya nak pegi makan sushi macam mengidam jeh i neh. Haha.

Dulu we used to makan sushi together almost every month (ceit tipu jeh sebab seingat i baru beberapa kali jeh kami memakan Sushi bersama) Tapi terasa macam every month perkara wajib ialah pergi makan Sushi King sehinggalah kami berdua berikrar bahawa dalam satu bulan HANYA SATU KALI sahaja dibenarkan memakan fast food. Adakah sushi di kira fast food juga? Heheh. Kalau bukan maka setiap bulan boleh lah pergi makan Sushi yeh? Taknak lah nanti busan lak dok ngadap sushi jeh.

Mane lah sushi tak sampai-sampai lagi neh. Haih. *muka busan* Heh.

Yehuu!! Hidangan sudah sampai. Mari makan.

Kenyang kenyang :D

Japanese tea adalah wajib :)

Rindu rindu T_T


Thursday, March 18, 2010

Debaran hari esok

Mak aih..tajuk entry. Macam Debaran Sehati Berdansa pulak. hehe. I would say hari ni hari yang baik juge lah. Walupun agak busy dengan tugas seharian tapi still boleh bertenang. And most of the work dapat disiapkan. Alhamdulillah.

Ade lagi perkara baik yang mana my deng akan dapat apa yang ditunggu-tunggu. Surprise! Seronok betul deng i hiks. I pun sama-sama tak sabar jugak neh. Eh melalut-lalut kejap. Berbalik kepada tajuk. Esok adalah hari yang bermakna bagi i. Dan esok adalah hari yang mana perhubungan i dengan encik kekasih hati akan melangkah ke satu lagi tahap kecekapan (macam PTK penilaian tahap kecekapan tu aha) Ok ini bukan main-main, tapi benar-benar akan menjadi kenyataan. Dah 7 bulan 2 minggu dan 4 hari bersama kan u? Kadang-kadang i rasa sekejap jeh, kadang-kadang i rasa lama lah pulak (ni sebab asyik fikir lambat lagi nak kawen hah! gatey ;P)

Apa yang pasti, i tertunggu-tunggu jugak hari esok ;) Senang cite, esok malam i akan selamat digelar 'risik' kepada encik kekasih :) InsyaAllah. I harap semuanya akan berjalan dengan lancar amat! Doakan kami yeh. Amin.

Sunday, October 11, 2009

Superhero saya

Waktu kecik-kecik I’m sure semua kanak-kanak akan ada deorang punya superhero idaman. I pun seperti biasa takkan terkecuali kot? Dah I pun jadi kanak-kanak juga at that time. Ada kawan I suka kluang man. Ada kawan I lagi seorang suka batman. Ada kawan I yang seorang lagi tuh minat gila kat doraemon. I pun tak sure doraemon boleh dikategorikan sebagai superhero ke tak. Tapi, bolehlah. Doraemon ada banyak alat-alat mainan canggih.


Nak tahu siapa superhero yang I paling suka? I paling amat sungguh suka superman. Dulu I gila adore kat superman sebab dia boleh terbang. Sekarang ni pun I adore gila gila lagi. Nak nak Clark Kent Smallville tuh. Oh, gila kacak. Hihi. I kan adore superman sebab dia bukan saja boleh terbang, tapi dia sangat pantas dan sangat kuat gagah perkasa. Eventhough dia lemah terhadap Kryptonite tuh, tapi tak kesahlah. Superman sangat cool!


Baru-baru ni, baru sangat lagi, I rasa I betul betul dah jumpa superman I lah. Betul ni. Sila percaya. Superman I ni unik tau. Dia tak boleh terbang, tidak beberapa nak pantas, dan tidak beberapa nak sangat amat kuat gagah perkasa. Sebab tu I kata dia unik. Huhu.


...............................................


Hi!!


I suka superman yang ni lah.


Dia tak boleh terbang betul betul pun. Tapi seakan-akan terbang macam ni pun dah kira ok huhu. I sangat sangat suka dan sayang akan superman celup I neh. Huhu. Oh, lupa nak bgtau, nama dia Clark Bent.


Bye!


Tuesday, September 1, 2009

JK : Edisi Khas

Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak buat semua.

..................................


Di sini, saya mahu memperkenalkan chenta hati saya.

..

..

..


Nama beliau Mohd Nazirul Mubin bin Mohamad


Terima kasih kerana hadir dalam hidup saya.



I love you so much!

:)


Thursday, July 23, 2009

JK

Entry ini khas untuk beliau

.......................................


Kenapa Allah jadikan mata, kaki, tangan manusia ada dua, tapi tidak hati?

Sebab hati kita yang satu lagi ada pada seseorang.

Dan sekarang ini..

Hati saya telah temui pasangannya



Loving you is like breathing. How can I stop?



I love you


:)



p/s: terima kasih kepada seorang kawan baik yang memberitahu quote hati :)


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails