Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

Tuesday, February 9, 2010

Waktu kecil dulu kita memang suka main pondok-pondok

"mas..mas..siape yang x kenal ngan mas..hehe..mas jangan lupe name kite nurul zaadah juhari and mas kadang2 panggil kite 'z' dan kadang2 panggil kiter 'nurul'.. nape yek..jawab mas..nak kawin nanti jemput2 ler kiter di alamat..no 39, lorong 29, tmn sri mahkota, jln gambang, 26070 kuantan..hehe..oo mas..kiter kawan sejak kecikkan..ingat lagi x kite g tabika sama2..hehe..jln sama..makan sama..n gaduh pun same2..hihi..ni gaduh cos nak rebut pakwe ler nih..huhu..ingat x mas..kita main pondok2..kadang2 kiter jadik mak..mas jadik anak kiter..mas mesti geram ngan kiter kan sebab kiter nih asyik nak jadik mak jer..ingat x mas..abih pokok bunga maklong kiter kebas..konon2 sayur-sayuran ler tu..nak masak katakan..hehe..dah jemu main pondok2..kiter ajak kawan2 main galah panjang lak..bestkan mas..dah lama tak main..rindu plak..oo mas..ingat x..masa main kejar2..kite lari punya ler laju sampai terlanggar pokok kelapa..fuhh..sakit gler masa tu..kah kah kah..padan muka kat kiter!! tengok..tulisan dah senget..huhu..mas..dulu kiter sentiasa sama2 kan..x sangka dapat pkn pun sama2 gak..kiter punyerla seronok tahap cipan dah time tuh..dapat tau mas dapat kat kem semuji gak..yahoo..pastu kiter sedey ar gak sbb x dpt matrik same2..tp x pe..orang cakap nak blaja biar sampai ke negeri China..tp tak skang..kiter sampai S'wak pulak..jauhnye mas..nanti balik cuti kita wat blk cenderahati kat mas..dr S'wak tuh..nnt jgn lupekan kiter lak tau..kiter harap sgt perhubungan kiter sebagai sahabat akan berkekalan..uwaa..sedeynyee..mas..thanks 4 everything ye!! I luv u mas..mmuaks!!"

........................................................

I ada sebuah buku. Buku itu adalah seperti di bawah:

i sayang giler kat buku nih!

Taraa...



Syahdu kan ayat-ayat kat atas tuh? Terharu lak bila baca balik. Wuwu. Walaupun ejaan dia memang macam budak2 habis (time dia tulis ni memang masih remaja) tapi hati i tetap rasa syahdu juge. Memang menggamit memori lah.

Nurul Zaadah binti Juhari

Beliau adalah antara kawan yang pertama dalam hidup i. Waktu i baru jeh pindah kat Kg Mahkota, time tu i umur 4-5 tahun kalau tak silap. Memang takde kawan lah. Petang2 time pegi umah tok kat sebelah umah beliau pun datang juge untuk main sama2. Masa tu main basikal jeh, yang ada roda tiga tuh. Almaklumlah, time tu i baru setaun jagung jeh mengenali apa itu basikal. Heh. Setiap hari setiap petang main basikal, lama2 memang jadi pro. Dah takde dah dua roda kecik kat tayar belakang tuh. Siap wili wili lagi tuh ( ini menipu) .Pegi tabika pun naik basikal jeh. Tiap-tiap pagi i tunggu beliau untuk pegi tabika sama2..sebab beliau ni selalu siap lambat. Biasalah orang perempuan, kalau bersiap memang lame. Hiks. (Ops! Pecah tembelang sudah :p )
Lepas tabika, sekolah rendah sama, naik sekolah menengah pun sama, dapat PKN pun sama jugak! Seronok! Selepas tu, biasalah..panas tak selalunya sampai ke petang..mesti hujan di tengahari..Part matrik dan universiti dah tak sama dah :(

Tetapi..

Itu tak bermakna kami tak menjadi sahabat sehingga ke hari ini. Biar berpisah jauh. Tapi dekat di hati. Bumi KUANTAN ini akan tetap menemukan kami kembali :)

Sempena hari ulangtahun beliau yang ke 24 pada tanggal 9 Februari ni, i mahu mengucapkan Selamat Hari Lahir sayangku. Semoga kamu akan sentiasa dirahmati Allah dan berbahagia serta berjaya atas segala apa yang kamu lakukan baik di dunia mahupun di akhirat. Sila jaga diri dan maruah walau di mana pun kamu berada. Love u so much!

Thursday, June 25, 2009

Birthday celebration

Dah lama rasanya aku tak update blog. Yup, lama. Kawan-kawan yang berblog dah banyak gila post tapi aku tak de satu lagi. Busy. Haih. Sebab tu tak sempat. Walaupun birthday aku dah lepas, tapi aku tetap nak tulis pasal birthday aku :P


First of all..


Thank you u for this :)




Sangat terharu. Deng dan kawan-kawan celebrate my birthday at SR IM (which is our favorite place).

Mulanya, aku cam anggap majlis ni biasa-biasa jeh..just dating (sepatutnya ejaan dia datang) sana, makan kek dan borak-borak. Tetapi, tak sangka ramai juga yang dating (tengok tengok Microsoft Word ni tulis dating lagi. Sepatutnya datang ye) untuk celebrate. Lama juga tunggu ketibaan Tan Sri untuk perasmian. Setelah Tan Sri D sampai barulah majlis dimulakan.


Tapi..


Majlis yang sepatunya gembira dan mengharukan untuk aku telah menjadi sedih. Bukan kitorang menangis menitiskan air mata cam tengok cerita Hindustan tu semua tapi..deep inside aku terasa majlis tu macam farewell party pulak. Tak tau kenapa. Sebab tu aku macam diam malam tu. Sampai sha pun tegur. Ah lantaklah, aku tahan jeh feeling tu tak siapa yang tahu sampailah aku balik rumah.

Aku cakap kat deng apa yang aku rasa. Yang pasti, pagi esoknya aku bangun mata macam ‘panda si kurus sha’ T_T


Sebab-sebab aku rasa macam farewell adalah seperti berikut:


  1. Aku mendapat kerja baru dan tidak tahu lagi penempatan dan tarikh lapor diri bila.
  2. Sha akan pergi ke Jepun sebagai pertukaran pelajar Master di sana. Proud of u sayang :)
  3. Mubin insyaAllah akan mendapat PTD. Walaupun baru peringkat ujian tapi aku doakan yang terbaik untuk dia. Semoga dia mendapat apa yang dihajati.
  4. Ae akan sambung belajar kat Ausie.
  5. Meezy juga akan sambung belajar untuk mencapai cita-cita yang diimpikan.
  6. Tan Sri pula berkemungkinan mahu meninggalkan bumi Kuantan dan berhijrah ke KL.


Ugh. Sedihnya.


Zack my deng, I wish u were there too that night. Miss you :)


Thank you all



Love you



:)



Wednesday, June 17, 2009

16 June

16 June 1986. Tarikh aku lahir. Ok, dah dua kali bgtau ;)


Siapa lagi lahir tarikh ni? According to facebook ‘How common is your birthday? The answer is 1% common’ Tu maksudnya aku UNIK, tak ramai yang lahir sama ngan aku.Huhu :P

Setakat ni yang aku tahu cuma aku, angah dan mak seorang kawan aku.


Ok, mari aku cerita apa yang terjadi pada 16 June (selain dari aku lahir).


16 June bermakna genap setahun aku bekerja di CRC. My first job after I finished study.


Aku juga telah berjaya dalam temuduga kerajaan yang mana resultnya aku tahu pada tarikh ini.

Alhamdulillah..Aku rasa ini ialah hadiah birthday terbaik yang aku dapat untuk tahun ni. Ya Allah, syukur sangat-sangat.


Sekarang ni just tunggu letter daripada kementerian untuk lapor diri bila dan untuk penempatan. Aku SANGAT BERDOA agar aku dapat kat Pahang (specifically Kuantan or Pekan hehe). Kamu-kamu pun tolong la doakan sama-sama yeh :). Tanak berpisah ngan fam. Hahaha. Gedik. Orang kata kalau nak berjaya kena keluar dari kampung halaman sendiri. Tapi, itu orang yang kata. Aku kata, kita boleh berjaya walau di mana pun kita berada asal ada kesungguhan, keyakinan, kerajinan, keikhlasan dalam pekerjaan. Yang penting berusaha berusaha berusaha. Jangan lupa untuk berdoa dan bertawakal. InsyaAllah..



Tuesday, June 16, 2009

Hari ini saya genap 23 tahun

16 June 1986 Pukul 6.25 petang Hari isnin Tempat Jengka 3 Maran


Masa tu lah aku lahir :)


Thank you abah mama sebab lahirkan kakak ke dunia ini. Love you.


Pagi-pagi lagi deng call (pagi maksudnya after pukul 12) siap nyanyi birthday song lagi huhu. Pas da wish birthday semua, deng tanya à ikuti perbualan aku dengan deng:



Deng: Apa azam tahun ni sempena birthday deng?(Erk…apa yeh? Oh, I don’t have any :P )

Aku: Haha, tak ada la deng. I just go with the flow.

Deng: Eh eh, mana boleh camtu. Kena la ada azam sempena ur birthday.Hehe.

Aku: Hmm..ok ok. Nanti kita pikir apa azam kita sempena birthday.Hihi ;)

Setelah men-reply birthday msg kawan-kawan, aku terus tido. Tak sempat nak fikir azam apa. Hek~

Pagi tadi baru aku terfikir balik. Actually aku ingat time new year jeh kena ada azam, rupanya time birthday pun ada jugak.Hm.



Ha, aku nya azam yang first sempena birthday ialah tak mahu jadi MALAS lagi dah. Yup, semenjak menjadi wanita bekerjaya ni (ceh, macam la bekerjaya sangat HAHAHA!!) aku AGAK MALAS.



Agak malas nak memasak.

Agak malas nak gosok baju kerja.

Agak malas nak membaca buku ilmiah.

Agak malas nak menyapu sampah.

Agak malas nak basuh pinggan.

Ok, sila senaraikan semua kerja-kerja rumah :P


Seterusnya, seperti azam-azam yang tipikal mahu berjaya dan bahagia di dunia dan akhirat, hidup diberkati dan dirahmati Allah, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, segala impian tercapai, dll.


Aku nak ucap thank you kepada semua yg wish. Siap ada yg wish awal 2 hari. Walaweh! Caya la pujah.hehehe.


Love you mama

Love you abah

Love you fam

Love you my deng

Love you adik-beradik tipu

Love you friends

Love you all



:)




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails