- Dulu waktu kecil aku selalu ikut tok dan arwah aki berniaga di pasar malam. Tok dan arwah aki je yg berniaga, aku and the geng (ceh sebut GENG padahal adik-adik aku jeh) pegi main.
- Pernah jatuh basikal bukan sebab bawak laju-laju atau tergelecek kat longkang (yang ni banyak kali) tapi terjatuh sebab mengelak anak ular melintas tengah jalan. Cilakak punya anak ular, nak melintas tak tengok kiri kanan.
- Masa aku darjah berapa ntah, pergi Kelantan main-main kat sawah padi konon-konon seronok sangat la tuh (jakun jakun sebab kat Kuantan tak ada sawah padi). Alih alih ada pacat merayap naik kat kaki aku. Baru merayap je yeh, belum sempat isap darah lagi. Ya Allah! Bapaklah geli geleman gila aku! Aku menggelupur kegelian. Eee..tak suka. Geli geli.
- Waktu kecil kalau degil tak dengar cakap mama selalu kurung dalam toilet. Toilet boleh kunci dari luar. Takot woo! Waktu kecil kan kita selalu dengar syaitan banyak dalam toilet. Means, hantu pun banyak jugak la kan? Wuwuwuwuw.
- Sangat takut nak cross longkang yang dalam dan curam. Walaupun kelebaran longkang tu kecil, tapi kalau longkang tu dalam lagi curam memang gerun la nak cross lebih2 lagi time pakai high heels atau kasut tumit tinggi. Sebenarnya mungkin bukan takut, tapi lebih kepada perasaan was-was tergelecek lalu terjatuh dalam longkang. Eee…malu malu kalau jatuh dalam longkang, lebih-lebih lagi kalau time tu la ada mamat hensem lalu. Perh, jatuh saham. Wahaha!
- Sangat suka makan sumi. Jenama sumi yang paling digemari ialah TENTEN. Kalau satu bungkus tu sekali hadap jeh boleh habis. Wawa. Ye, sila percaya sekarang (kalau tak percaya tanya Fairuz roommate sayang di UM). Mama cakap waktu aku kecil arwah aki suka sangat belikan aku sumi. Patutle sampai ke besar dewasa belia masih amat sungguh suka makan sumi. Best woo..Kau patut cuba. Murah pulak tuh. ;p
- Pernah kena sengat dengan tebuan masa umur 5 tahun time tengah tunggu pak sedara beli burger kat tepi jalan, kena sengat dengan penyegat (tak tau nama serangga kecil tu apa) masa darjah 6 time tengah tunggu bas nak pegi sekolah, last2 mmg tak pegi sekolah lah, kena sengat dengan tebuan masa form 4. Tu la yang last sekali kena sengat. Semua binatang berbisa suka betul pada aku. Haha.
- Oh oh, pernah juga disengat lipan masa darjah 3. Kan aku dah kata binatang berbisa memang suka kat aku. Hek~ Arwah aki cepat-cepat bawak aku pegi klinik pastu kena cucuk / inject kat bontot. Padan muka. Dah lah kena menanggung sengatan lipan, lagi malang kena tahan sakit cucuk kat bontot. Sakit kau tau tak! Haha.
Tuesday, May 26, 2009
Entri khas : Sengatan serangga berbisa tidak membawa maut
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment