Tuesday, April 14, 2009

Ikrar cinta kita

Kepercayaan kepada Tuhan

Kesetiaan kepada Raja dan Negara

Keluhuran perlembagaan

Kedaulatan undang-undang

Kesopanan dan kesusilaan


Ok. Di atas ni rukun Negara. Semua orang tahu bukan?


Kejujuran tanpa penipuan

Kecintaan yang mendalam

Kesetiaan tanpa kecurangan

Kepercayaan yang tak berbelah bahagi dan hormat-menghormati

Keikhlasan dan ketulusan hati


Aku tau. Tak best langsung puisi di atas. Sebab ia bukan puisi. Ia RUKUN CINTA.

Hik.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aku ada seorang kawan (sah2 aku tipu sbb aku ada ramai kawan oki). Ada satu hari tu dia letak shout out kat page dia – ‘need best relationship advice’ (you know who you are..hehe). Maka bertalu-talulah orang memberikan advice pada dia (termasuk aku). Ye la..mungkin masa tu dia tengah ada masalah cinta..so aku, eh lebih elok guna kami (sbb ramai yang bg advice) pn postkan advice-advice terbaik.. Dah, dia nk BEST relationship advice kan, kenala bagi yang terbaik. Almost semua advices tu mesti ada kejujuran. Yup. Statistically 3 out of 4 cakap honesty. Honesty. Honesty. Honesty. Why honesty? Kenapa mesti kejujuran paling penting dalam sesebuah perhubungan? Hmm..kau bgtau?


Hm..mungkin dengan kejujuran ia dapat menggambarkan peribadi seseorang. Sentiasa berkata benar. Tak menipu, tak berbohong. Seseorang yang jujur akan tidak sanggup berbohong pada pasangan masing-masing.


Haa..teringat kata-kata Ustazah Siti Nor Bahyah dalam satu forum agama.’kalau nak cari pasangan samada calon suami/isteri ke..jangan cari yang suka berbohong, menipu sebab ia menggambarkan iman yang lemah’. Tetapi, kita sendiri pula harus mangkaji balik diri sendiri..senang cakap cermin diri sendiri dulu (tak pun, masmOna sila cakap depan cermin.hek~). Kita ni dah cukup baik ke untuk mendapat pasangan yang mulia, yang baik? Lu pikirlah sendiri!! (sori nabil..i pinjam tag line you kejap.hikhik)


“Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan, hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah, dan mereka itulah orang-orang pendusta”. [An Nahl (16): 105].


Bagi aku, selain jujur, kesetiaan juga amat penting. Tak cukup kalau hanya dengan TERlalu cinta tapi tak setia. Cinta kat seseorang tu bagai nak rak..gila-gila cinta lah..tp still boleh cintakan orang lain lagi. Sbb apa? Sbb tak setia lah.hm. Aku rasa aku ni dah banyak sangat baca novel neh, tak pon terpengaruh dengan cite-cite korea sume. Hik.


Peringatan: apa yang aku tulis neh tertakluk kepada terms and condition..eh, tertakluk kepada my personal opinion je lah. Semua ni bergantung kepada pendapat individu. Different person will have different opinion.


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Teringat ceritera cinta seorang kawan. 5 tahun hubungan yang deorg bina berakhir macam tu jeh. Dalam keadaan yang tak diduga tp penuh dengan dugaan. Hmm. Semua yang terjadi pasti ada hikmah kan. Jangan pikirlah!! (ok, kat sini tak leh guna tag line lu pikirlah sendiri)

Deng~ tabah dan sabar hadapi dugaan ni oki? ^^


Wahh..terasa panjang pulak entry neh. Yelah.. cerita pasal cinta kan. Semua orang suka happy gembira cerita pasal cinta..(ok, tolak tepi kisah-kisah cinta sedih macam cite korea..dah la cinta 3-4 segi, heroin sakit kronik (barah otak, leukemia, etc) pastu mati..then bole pulak hero dia pegi bunuh diri jugak sebab tak sanggup nak teruskan hidup..bla bla bla..) Sah-sah aku byk gila tengok cite korea. Hikhik.


Tapi kan..dalam keseronokan berbicara (wahh klasik btul guna berbicara)..ok.dah.dah. cukup masmOna. Dalam syok-syok cerita pasal cinta..kita mesti ingat, perlu berlajar cintai, sayangi dan kenali diri sendiri terlebih dahulu untuk meyayangi dan mencintai orang lain. Yang paling penting..cintailah Yang Maha Menyintai..

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Bertindak "jujur" belum tentu benar
Bertindak "benar" belum tentu jujur


see the love?


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails