Ok. Tengok pada tajuk pun dah tau aku nak cerita pasal apa bukan?
Aku berjaya mengrab 2 pasang kasut sekaligus, within 1 day. Ye, sila percaya.
Sha kata shopaholic betul. Tp kan syg, cuba pikir mana aku dapat gene shopaholic ni?
*wink wink* bukan dari kamu ke? Hikhik
Monday, April 20, 2009
Kasut baru
Thursday, April 16, 2009
Cuppies cute
Nak tau sebab apa? Sebab ni..
tp..aku dah makan.Serius SEDAP!! Memang tak rugi tau beli. Ada 3 layers: kek, krim dan yang paling atas tu icing fondant (i guess) yang rasa macam gula-gula lolipop.
Cuppies ni aku order dari kawan aku..dia mmg bisnes cuppies. So, sape-sape yang agak-agak dah bertemu jodoh tu dan nak melangsungkan pertunangan, ataupun nak buat birthday party ke boleh lah tempah dengan dia.
Tenkiu Ria Razali sbb berjaya menceriakan hariku~ hikhik (ya..dengan cuppies kiut begini siapa yang tak ceria bukan?)
catatan 1: Ria kena bagi kredit to me sbb tolong promote cuppies.hehe
catatan 2: just klik Ria Razali. It will direct you to Ria's facebook page.
Dedication
First and foremost..
happy birthday charlie chaplin!!hehe
Ok.tu intro jeh.
-------------------------------
Congrats sha sbb berjaya akhirnya mendapat scholarship. Amboi-amboi..handbag yang first skali ko fikirkan yeh? hampeh btol. Btw..handbag apa syg? bgtau aku.kikiki
---------------------------------
Tahniah kepada kawan-kawan aku yang berjaya mendapat science officer tetap dlm gov. Mantap!!
Fairuz: sila awk jaga diri baik-baik di negeri orang.. Ala..terengganu jeh, jiran kuantan bukan?
So..jangan la risau sangat..lama-lama nnt awk biasa lah. Saya tau awk boleh!! Hm..time awk nk blk kampung jangan lupa inform sy oki..Sy nk kirim kopok lekor.
Zue: wahh..sukalah tu dapat kat Johor, dekat ngan umah mak mentua. Eh, umah mak sendiri.^^
Ahtol kata, senang arr ko nak kawen.
----------------------------------
Ahtol: Beb..congrats sebab ko dapat PTD (pegawai tadbir dan diplomatik) tetap! I’m proud of you! ^^
Ko dah berkerja kat bawah Jabatan Perdana Menteri neh, jangan nak menggatal dengan menteri-menteri yeh. Dengan anak menteri tak pe..eh, tak boleh la. Nanti a**** marah. Hakhak.
Btw, bila aku boleh dapat Manhattan Fish Market?
Abg baz: Tahniah sbb berjaya lulus exam PTD! Gud luck untuk next stage oki.
-----------------------------------
Kepada semua junior-juniorku *Biomedical Science, University of Malaya* (especially buddy-buddy ku)
Wish you best of luck in this coming final exam. Sila belajar dengan rajen, jangan malas-malas. Sila buat yang terbaik oki..
Deng..gud luck final exam ko next wik!!
Wahh..aku rasa April adalah bulan kejayaan untuk membe-membe..Aku? Mungkin bukan bulan April.
Next month maybe?hmm..^^
Tuesday, April 14, 2009
Ikrar cinta kita
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran perlembagaan
Kedaulatan undang-undang
Kesopanan dan kesusilaan
Ok. Di atas ni rukun Negara. Semua orang tahu bukan?
Kejujuran tanpa penipuan
Kecintaan yang mendalam
Kesetiaan tanpa kecurangan
Kepercayaan yang tak berbelah bahagi dan hormat-menghormati
Keikhlasan dan ketulusan hati
Aku tau. Tak best langsung puisi di atas. Sebab ia bukan puisi. Ia RUKUN CINTA.
Hik.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Aku ada seorang kawan (sah2 aku tipu sbb aku ada ramai kawan oki). Ada satu hari tu dia letak shout out kat page dia – ‘need best relationship advice’ (you know who you are..hehe). Maka bertalu-talulah orang memberikan advice pada dia (termasuk aku). Ye la..mungkin masa tu dia tengah ada masalah cinta..so aku, eh lebih elok guna kami (sbb ramai yang bg advice) pn postkan advice-advice terbaik.. Dah, dia nk BEST relationship advice kan, kenala bagi yang terbaik. Almost semua advices tu mesti ada kejujuran. Yup. Statistically 3 out of 4 cakap honesty. Honesty. Honesty. Honesty. Why honesty? Kenapa mesti kejujuran paling penting dalam sesebuah perhubungan? Hmm..kau bgtau?
Hm..mungkin dengan kejujuran ia dapat menggambarkan peribadi seseorang. Sentiasa berkata benar. Tak menipu, tak berbohong. Seseorang yang jujur akan tidak sanggup berbohong pada pasangan masing-masing.
Haa..teringat kata-kata Ustazah Siti Nor Bahyah dalam satu forum agama.’kalau nak cari pasangan samada calon suami/isteri ke..jangan cari yang suka berbohong, menipu sebab ia menggambarkan iman yang lemah’. Tetapi, kita sendiri pula harus mangkaji balik diri sendiri..senang cakap cermin diri sendiri dulu (tak pun, masmOna sila cakap depan cermin.hek~). Kita ni dah cukup baik ke untuk mendapat pasangan yang mulia, yang baik? Lu pikirlah sendiri!! (sori nabil..i pinjam tag line you kejap.hikhik)
“Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan, hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah, dan mereka itulah orang-orang pendusta”. [An Nahl (16): 105].
Bagi aku, selain jujur, kesetiaan juga amat penting. Tak cukup kalau hanya dengan TERlalu cinta tapi tak setia. Cinta kat seseorang tu bagai nak rak..gila-gila cinta lah..tp still boleh cintakan orang lain lagi. Sbb apa? Sbb tak setia lah.hm. Aku rasa aku ni dah banyak sangat baca novel neh, tak pon terpengaruh dengan cite-cite korea sume. Hik.
Peringatan: apa yang aku tulis neh tertakluk kepada terms and condition..eh, tertakluk kepada my personal opinion je lah. Semua ni bergantung kepada pendapat individu. Different person will have different opinion.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Teringat ceritera cinta seorang kawan. 5 tahun hubungan yang deorg bina berakhir macam tu jeh. Dalam keadaan yang tak diduga tp penuh dengan dugaan. Hmm. Semua yang terjadi pasti ada hikmah kan. Jangan pikirlah!! (ok, kat sini tak leh guna tag line lu pikirlah sendiri)
Deng~ tabah dan sabar hadapi dugaan ni oki? ^^
Wahh..terasa panjang pulak entry neh. Yelah.. cerita pasal cinta kan. Semua orang suka happy gembira cerita pasal cinta..(ok, tolak tepi kisah-kisah cinta sedih macam cite korea..dah la cinta 3-4 segi, heroin sakit kronik (barah otak, leukemia, etc) pastu mati..then bole pulak hero dia pegi bunuh diri jugak sebab tak sanggup nak teruskan hidup..bla bla bla..) Sah-sah aku byk gila tengok cite korea. Hikhik.
Tapi kan..dalam keseronokan berbicara (wahh klasik btul guna berbicara)..ok.dah.dah. cukup masmOna. Dalam syok-syok cerita pasal cinta..kita mesti ingat, perlu berlajar cintai, sayangi dan kenali diri sendiri terlebih dahulu untuk meyayangi dan mencintai orang lain. Yang paling penting..cintailah Yang Maha Menyintai..
Bertindak "jujur" belum tentu benar
Bertindak "benar" belum tentu jujur
Monday, April 13, 2009
Customer comes first
pagi td best, happening dengan ceramah yg disampaikan oleh en. rosman. siyes lawak gile. asyik gelak-gelak jeh..hm, tak ada la all the time gelak, ada masa dia serius bagi talk..tp kalau time dia bwt lawak tu mmg tak leh handle. pecah perut aku ketawa.
petang td? serius ngantuk gile..gile2..
satu, maybe speaker dia tak best. cakap mmg macam nak bg org tido la kan..
dua, sbb petang kot? petang2 ni syok tido..hehe
Input yg aku paling ingat sampai skrg..en rosman kata kita kene jadi pekerja yg PEKA tidak PEKAK. Ya. Peka, tidak pekak. Pekerja yg sentiasa peka akan persekitaran kerja..peka kepada customer's need..pelanggan yg memerlukan servis / perkhidmatan yg kita sediakan..as for me..perkhidmatan kat hospital (to be exact at research centre)..
Since aku tak involve kat klinik atau kat wad-wad, my customers tergolong pada CRA(s), specialists, doctors, RA(s), etc yang nak bwt research. Tu je la..
Tetapi, walaupun mesti sentiasa peka..jangan la sampai melebih-lebih peka-nya sampaikan sekecik-kecik kesalahan atau apa yg seseorg tu buat kita nak menyibuk.huk~ disini lah pekak memainkan peranan. Means, kita perlu seimbangkan antara peka dan pekak..
jangan menjadi terlalu pekak..tetapi jangan pulak terlalu peka. ingat tu.hmm..
oki..gtg now. nak balik.^_^"

